Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngong.kong] | مڠوڠکوڠ

Definisi : menyalak dgn kuat, meng­gonggong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngong.kong] | مڠوڠکوڠ

Definisi : 1. mengenakan kongkong pd, memasung, membelenggu: ia ditangkap, diheret dan kemudian dikongkong dlm sebuah pondok kecil; 2. ki membatasi (kebebas­an, pergerakan, dll), menghalangi, menye­kat: ia ingin bebas, tidak dikongkong oleh berbagai-bagai peraturan dan disiplin yg keras; 3. mengepung, melingkungi: pasukan tentera yg dikirimkan itu mula ~ askar musuh yg terperangkap; 4. meliputi, men­cakupi, merangkumi: ilmu kedoktoran ~ ilmu anatomi, perubatan, kesihatan, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngong.kong] | مڠوڠکوڠ

Definisi : 1 memasang kongkong pd; memasung, membelenggu. 2 ki menyekat; mengawal (kebebasan, pergerakan dll): Ibu bapanya tidak terlalu ~ kebebasannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengongkong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monologicmonologikKesusasteraanTiadaPerihal menggunakan suara penulis dalam sesebuah karya. Karya monologik ialah karya yang menggunakan satu suara, iaitu suara penulis yang mengongkong suara setiap watak. Konsep ini diperkenalkan oleh pengkritik Rusia, iaitu Mikhail Bakhtin yang menggunakan novel karya Tolstoy bertajuk War and Peace sebagai contoh karya monologik. Dalam karya ini, Tolstoy banyak mengawal pertuturan watak-wataknya.
theater of crueltyteater kekejamanKesusasteraanTiadaTeater yang mementaskan aksi ganas dan kejam. Tujuan pementasan adalah untuk mengejutkan khalayak, iaitu apa yang terpendam dalam lapisan bawah sedar khalayak dapat dilepaskan. Teater kekejaman dimulakan oleh Antonin Artaud pada tahun 1930-an. Teater ini memberikan kesan ke atas deria manusia untuk membolehkan mereka memecahkan sekatan psikologikal yang mengongkong kehidupan serta pemikiran. Teater kekejaman menggunakan pelbagai teknik seperti kesan cahaya yang menyilau, mimos, serta aksi yang sensasi dan dahsyat. Contohnya, drama oleh Peter Wiess berjudul Marat/Sade.

Kembali ke atas