Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngop.ti.mum.kan] | مڠوڤتيمومکن

Definisi : merancang atau men­jalan­kan kegiatan ekonomi dll dgn kecekapan maksimum: ke arah ~ potensi ekonomi umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngop.ti.mum.kan] | مڠوڤتيمومکن

Definisi : men­­­­­ja­­lankan kegiatan atau melakukan se­­­­suatu supaya dpt mendatangkan hasil yg optimum: Mereka ~ pengeluaran su­paya lebih efisien. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengoptimumkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
whole-of-society effortusaha menyeluruh masyarakatUmumTiadaUsaha mengoptimumkan seluruh tenaga kerja kesihatan dan peranan barisan hadapan yang bertindak di lapangan serta peranan seluruh rakyat Malaysia yang turut sama membantu memutuskan rantaian COVID-19.
minimum evolutionevolusi minimumBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah taabiran filogenetik untuk mengoptimumkan pepohon genetik berdasarkan jarak matrik dengan melihat kepada jumlah panjang cabang yang minimum.
visitor use planningperancangan guna pelawatPelanconganTiadaPerancangan sesuatu kawasan yang mengoptimumkan kepuasan pelawat tanpa menjejaskan alam sekitar.
visual merchandisedagangan visualPentadbiran PerniagaanTiadaProduk atau perkhidmatan yang dijual dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuannya adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut.
visual merchandisingperdagangan visualPentadbiran PerniagaanTiadaAktiviti penjualan produk atau perkhidmatan dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuan perdagangan visual adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut.
green productionpembuatan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPengilangan yang dapat mengurangkan penggunaan sumber asli, mengoptimumkan pemprosesan produk, mengurangkan pencemaran dan penghasilan sisa, mengamalkan kitar semula dan guna semula serta mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera. Sinonim pengilangan hijau.
design for manufacturing (DFM)reka bentuk perkilangan (DFM)Teknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauReka bentuk proaktif untuk mengoptimumkan semua fungsi yang merangkumi perolehan, pembuatan, pengumpulan, pengujian, penghantaran, perkhidmatan dan pembaikan. Reka bentuk perkilangan bertujuan untuk memastikan pengurangan kos, jaminan kualiti, kebolehpercayaan, pematuhan terhadap peraturan, keselamatan, pasaran, dan kepuasan pelanggan dapat dicapai.
process optimizationpengoptimuman prosesTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPeraturan yang diselaraskan untuk menyesuaikan beberapa set parameter bagi mengoptimumkan sesuatu proses tanpa melampaui halangan. Pengoptimuman proses bertujuan untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan hasil atau kecekapan proses.
desired sensation leveltahap penderiaan disenangiSains KesihatanTiadaKaedah mengukur keupayaan alat bantu pendengaran berdasarkan ambang pendengaran individu untuk mengoptimumkan pengecaman pertuturan berdasarkan indeks artikulasi, bukan kriteria kekuatan.

Kembali ke atas