Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menjadikan (undang-undang dll) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dll): negeri itu ~ undang-undang melarang menuba ikan; perintah berkurung dikuatkuasakan dr pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menjadikan berkuatkuasa; melaksanakan: Perintah berkurung telah dikuatkuasakan di tempat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat kuasa
Kata Terbitan : berkuat kuasa, menguatkuasakan, penguatkuasaan, penguat kuasa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
meter maidpenguat kuasa meterUmumTiadaIndividu yang menguatkuasakan peraturan bagi pelanggaran tempat letak kereta.
gambling authoritiespihak berkuasa perjudianPelanconganTiadaPihak yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aktiviti pertaruhan.
health certificatesijil kesihataninsuransTiadaPernyataan yang dikemukakan dengan permohonan untuk menguatkuasakan semula polisi yang telah lupus. Sijil ini mengesahkan bahawa kesihatan insurer tidak terjejas semasa pernyataan tersebut dibuat.
trusted computing base (TCB)asas pengkomputan terpercaya (TCB)Teknologi MaklumatTiadaAras sistem komputer yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar keselamatan. Asas ini terdiri daripada semua perkakasan, perisian, sistem pengendalian, prosedur, petua dan amalan yang diguna pakai dalam persekitaran sistem komputer berkenaan. Setiap unsur ini diyakini akan sentiasa berjaya melaksanakan fungsinya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat integriti dasar keselamatan yang ingin ditegakkan kerana unsur berkenaan merupakan titik kegoyahan keselamatan sistem. Oleh itu, unsur sistem tersebut perlu dinilai dan diperkukuh supaya kegagalan satu atau lebih unsur tidak menggugat dasar keselamatan sistem secara keseluruhan.
security policy systemsistem dasar sekuritiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKawalan yang wujud dalam sesetengah sistem pengendalian untuk membolehkan pentadbir sistem melaksana dan menguatkuasakan dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh organisasi. Perkara yang boleh dilakukan oleh kawalan ini termasuk penguatkuasaan bentuk kata laluan, had pengagihan atau perkongsian maklumat, dan halangan pencapaian ke sistem selepas kegagalan.

Kembali ke atas