Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.bah] | مڠوبه

Definisi : 1. berubah, menjadi lain: cara hidupnya telah ~ drpd cara hidup nenek moyangnya; 2. menjadikan berlainan atau berbeza drpd yg asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kpd yg lain: kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita; Chomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu; 3. menjadikan lebih baik (drpd yg semula jadi, yg asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yg kurang baik dll): Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya; kanak-kanak yg baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dgn tiba-tiba; 4. menyusun semula (cerita, karangan, dll), mengolah kembali; 5. tidak menepati (janji, sumpah, dll), tidak mematuhi (peraturan, adat, dll), melanggar (adat dll), menyalahi: sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya drpd adat purba-kala, jikalau barang siapa ~ atau memecahkan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yg tua-tua; 6. bp memindahkan ke tempat lain (benih semaian dll), mengalihkan: benih padi disemai dlm bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dlm bulan Ogos; 7. mengalih (arah dll) dr yg asal atau semula, menukar arah dsb: pandangan itu kemudian-nya diubah ke muka bapanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.bah] | مڠوبه

Definisi : 1 menjadikan berbeza drpd yg semula; menukar: Sejak hari itu, ia telah ~ cara hidupnya. 2 menyusun semula sesuatu cerita, karangan dll sehingga menjadi berlainan drpd yg asal; mengolah kembali: Ia ~ jalan cerita itu sehingga menjadi cerita jenaka. 3 tidak menepati janji, sumpah dll; menyalahi yg biasa: Mereka tidak mahu ~ adat resam yg telah dipusakai dr nenek moyang mereka. 4 memindahkan atau mengalih sesuatu dr tempat asalnya ke tempat lain (spt benih dr tapak semaian ke sawah). 5 menukar atau mengalih arah sesuatu (spt pandangan, haluan): ~ pandangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Burung haji terbang ke haji,
     Tapak Sulaiman di bawah tangannya;
Jika adinda mengubah janji,
     Melungsur iman dari badannya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Secubit tiada dapat menjadi segenggam.

Bermaksud :

Tak dapat mengubah nasib yang sudah ditentukan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epigenomic markstanda epigenomikBioinformatikBioinformatik MolekulAgen epigenomik yang melekat pada DNA dan akan meninggalkan kesan ke atas struktur DNA dan mengubah fungsi DNA tersebut. Tanda ini tidak mengubah jujukan DNA, tetapi mengubah cara sel mengekspreskan maklumat pada DNA tersebut. Penandaan ini boleh diwarisi dari sel ke sel semasa proses pembahagian sel.
stealth virusvirus selinapTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang menghapuskan semua rekod aktivitinya daripada log audit komputer. Virus ini biasanya akan tersembunyi daripada perisian antivirus tanpa mengubah saiz asal fail yang dijangkiti. Selain mengubah kandungan fail, virus ini boleh juga mengubah penunjuk atur cara fail yang dijangkiti untuk menunjukkan lokasi fail virus sebenar.
revolutionrevolusiSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan besar-besaran yang mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat. Gerakan lazimnya berlaku dari bawah atau digerakkan oleh masyarakat kelas bawahan khususnya golongan tani. Golongan yang tertindas akan melancarkan revolusi bagi mengubah sistem yang begitu mencengkam. Walaupun pernah muncul idea Marx mengenai revolusi proletar yang mungkin meletus, namun idea ini tidak menjadi realiti. Sebaliknya revolusi yang berlaku di dunia hanya bergerak dalam masyarakat tani seperti di China, Cuba, Vietnam dan Cambodia. Revolusi yang menukarkan sistem politik ini boleh berlaku kepada sistem beraja ataupun republik. Meskipun terdapat perbincangan mengenai revolusi daripada golongan atasan seperti yang berlaku di Jerman di bawah Hitler, namun penggunaan istilah revolusi lebih banyak merujuk kepada revolusi dari bawah. Revolusi kemudiannya membentuk satu masyarakat baru yang berbeza dengan struktur lama.
wire closet attackserangan bilik wayarTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTindakan memecah masuk ke dalam kotak atau bilik pendawaian rangkaian dan mengubah struktur fizikal rangkaian. Serangan ini dilakukan untuk memberi, menghalang, atau mengubah capaian ke atas rangkaian. Contoh serangan ini adalah penyadapan wayar dan kemusnahan struktur sambungan.
secular trendarah aliran sekularEkonomiTiadaKecenderungan pergerakan jangka panjang aktiviti ekonomi yang mengikut suatu arah aliran tertentu. Arah aliran mungkin negatif, yang menggambarkan penurunan, atau positif yang menggambarkan peningkatan. Perubahan kecenderungan mungkin berpunca daripada perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan teknologi yang mengubah kaedah pengeluaran. Misalnya, kemerosotan yang berpanjangan dalam penggunaan beca yang disebabkan oleh proses pemodenan. Perubahan permintaan yang berlaku mengikut musim tidak dinamakan perubahan arah aliran sekular.
pulpingpempulpaanBuluhTiadaProses mengubah bahan biojisim seperti kayu dan buluh menjadi pulpa untuk digunakan dalam pembuatan kertas dan produk lain. Proses ini melibatkan pemisahan gentian selulosa daripada lignin dan bahan kimia lain dalam bahan biojisim.
blemishcacat rupaPerhutananTiadaCacat yang mengubah rupa kayu tetapi tidak mengurangi mutunya. Misalnya, bintik-bintik biru pada papan gergaji.
seft adjustmentsuai diriKejururawatanTiadaTindakan mengubah tingkah laku dan pemikiran untuk memenuhi tuntutan peranan hidup.
undermaskingpenopengan kurangSains KesihatanTiada1. Kegagalan mengubah nilai ambang pendengaran daripada telinga yang diuji akibat penopengan yang rendah. 2. Masalah yang timbul apabila bunyi penopengan yang digunakan tidak dapat menghasilkan anjakan ambang pendengaran yang diperlukan pada telinga yang diuji.
atomizerpengabusBiologiTiadaAlat yang digunakan untuk mengubah larutan pestisid isi padu ultrarendah menjadi zarah halus, dengan menggunakan tekanan tinggi, melalui nozel, atau menggunakan piring yang berputar. Oleh yang demikian, larutan pestisid berubah menjadi kabus supaya liputan lebih merata dan tidak ada kesan keracunan tumbuhan.
12345678910...

Kembali ke atas