khabar | khabar | Kesusasteraan | Tiada | Pembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani. |
monodrama | monodrama | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja. Drama ini boleh dianggap suatu monolog dramatik. Dalam monodrama, seorang pelakon boleh mengambil semua peranan dalam persembahan, iaitu beraksi, mengucapkan semua dialog dan menyanyi. Monodrama dikenali juga sebagai lakonan solo. Contoh monodrama daripada teater tradisional ialah Dalang Wayang Kulit, Tok Selampit dan Awang Belanga (Batil). Contoh lain ialah Emily of Emerald Hill oleh Stella Kon. Lihat juga monolog dramatik. |
individual freedom | kebebasan individu | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan individu yang merdeka daripada sebarang tekanan, penguasaan atau perhambaan. Segala tindakan yang dilakukannya adalah mengikut kehendak sendiri tanpa ditekan oleh kuasa lain. Kebebasan ini merupakan suatu hak dan bukannya kelebihan, dengan ini membolehkan seseorang melakukan sebarang tindakan, mengucapkan sebarang idea serta bebas bergerak. Kebebasan ini secara langsung memberi hak politik kepadanya seperti hak untuk mengundi, menyatakan pendirian politik malah berkempen dan bertanding dalam pilihan raya. Contohnya, kebebasan menyertai sebarang organisasi sukarela. |