Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.las] | مڠولس

Definisi : menjadikan berulas, menyambung, melanjutkan, memanjangkan: singkat diulas, panjang dikerat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.las] | مڠولس

Definisi : memberi tafsiran (penerangan lanjut, pendapat, dll) tentang sesuatu, mengupas, mentafsir: majalah itu telah ~ filem ‘Penarik Beca’ sbg filem yg terbaik dlm tahun 1955; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.las] | مڠولس

Definisi : , mengulasi memberi bersarung (bersampul), menyampul, menyaluti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.las] | مڠولس

Definisi : memberi keterangan atau tafsiran ttg sesuatu; mengupas; mentafsirkan: Pensyarah itu sedang ~ isi novel tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngu.las] | مڠولس

Definisi : memberi bersarung; menyampul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulas (kata nama)
Bersinonim dengan sarung bantal, sarung tilam, sampul bantal, sampul tilam;,
Kata Terbitan : berulas, mengulas, ulas2, seulas, berulas, ulas3, mengulas, ulasan, pengulasan, pengulas,

Peribahasa

Memakan habis-habis,
     menyuruk (menyorok) hilang-hilang.

Bermaksud :

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
press freedomkebebasan akhbarSains PolitikPolitik PerbandinganKebebasan untuk menyiarkan dan mengulas berita tanpa sekatan pihak berkuasa khususnya pemerintah. Kebebasan ini termasuk menyampaikan apa sahaja berita sama ada yang sensitif atau tidak disenangi oleh pihak berkuasa. Dalam kebebasan ini, akhbar tidak menghadapi masalah tapisan dan tidak tertekan untuk menyiarkan berita yang menyebelahi pihak tertentu. Kebebasan ini juga memberi ruang kepada akhbar untuk melakukan penyelidikan atau penyiasatan yang hasilnya diterbitkan dalam rencana atau bersifat analisis seperti laporan penyiasatan. Contohnya, akhbar di Perancis yang bebas menyiarkan pelbagai berita sama ada yang menyokong atau mengkritik pemerintah.
adverse event reportlaporan peristiwa mudaratHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen tentang sebarang tindak balas yang tidak dijangka oleh pengguna atau subjek kajian klinikal yang disebabkan oleh produk herba. Semua peristiwa mudarat yang serius harus dilaporkan kepada pihak berkuasa. Kejadian mudarat yang menyebabkan kematian atau yang mengancam nyawa harus segera dilaporkan melalui telefon, faks, e-mel atau secara bertulis. Di Malaysia, Jawatankuasa Penasihat Tindak Balas Ubat Mudarat Malaysia (MADRAC), iaitu jawatankuasa kecil Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), bertanggungjawab mengulas atau mengkaji semula semua laporan peristiwa mudarat.

Kembali ke atas