Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngum.pa.ma.kan] | مڠومڤاماکن

Definisi : 1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), meng-ibaratkan, membandingkan (dgn): mata manu-sia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pen-curi itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifat-kan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat (menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana mesti-nya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngum.pa.ma.kan] | مڠومڤاماکن

Definisi : 1 menganggap sama dgn; menjadikan sbg ibarat; mengibaratkan: Ia ~ pengkhianat itu sbg sampah masyarakat. 2 memberi hormat spt yg sepatutnya: Jika kita tidak ~ orang, orang juga tidak akan ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpama (kata tugas)
Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;,
Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ibaratibaratKesusasteraanPuisiSuatu bentuk puisi tradisional yang digunakan untuk mengumpamakan atau membandingkan sesuatu kenyataan dengan sesuatu kenyataan yang lain, seperti alam. Pada kebiasaannya penggunaan bentuk ini dimulakan dengan perkataan umpama, ibarat, laksana, bagai, seperti dan sebagainya. Contohnya, perumpamaan di bawah. Laksana telur sesangkar pecah sebiji pecah semua. lbarat burung, mata terlepas badan terkurung.

Kembali ke atas