Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.ci] | مڠونچي

Definisi : 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. meng­akhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.ci] | مڠونچي

Definisi : menutup pintu (peti dll) dgn kunci; mengancing: Masing-masing ~ pintu dan tidak berani keluar rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kunci (kata nama)
1. Bersinonim dengan kancing: tutup, selak, katup, ketap, penutup,

2. Bersinonim dengan petua: formula, rumusan,

Kata Terbitan : mengunci, pengunci, terkunci,

Peribahasa

Sudah kalah baru berkubu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catenanekatenanaFizikNanoteknologiMolekul yang mengandungi dua atau lebih gelang yang saling mengunci. Molekul ini berukuran 0.5 nm panjang dan 1 nm lebar dan berfungsi sebagai suis nano. Gelang saling mengunci ini tidak dapat dipisahkan tanpa memecahkan ikatan kovalen makrokitar.
locking hubshab mengunciKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaHab yang boleh dimasukkan dan dikeluarkan dari gear pemacu, supaya bahagian gandar depan tidak digunakan untuk memacu (bebas) sementara kenderaan dipacu oleh dua roda belakang.
wing-nutnat sayapSukanLumba BasikalNat berkepak untuk mengunci aci roda.
valve spring retainer lockpengunci penahan pegas injapKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang digunakan untuk mengunci batang injap pada penahan pegas injap supaya pegas sentiasa berada tetap pada kedudukannya. Komponen ini berbentuk silinder tirus yang terpisah kepada dua bahagian dan mempunyai bonggol gegelang di tengahnya untuk dipasangkan pada batang injap dan penahan pegas injap.
seatpost binder boltskru kunci tiang tempat dudukSukanLumba BasikalSkru yang digunakan untuk mengunci tiang tempat duduk.
steering and ignition lockkunci stereng dan pencucuhKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk mengunci kunci pencucuh dan bahagian stereng supaya tidak dapat dipulas apabila diletakkan pada kedudukan mati.
ignition switchsuis pencucuhKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSuis yang dikendalikan dengan kunci untuk menyambung dan memutuskan kitar serta mengunci stereng kereta.
valve spring retainer lockpengunci pemegang pegas injapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat pengunci yang diletakkan pada batang injap untuk mengunci pemegang pegas.
covert storage channelsaluran storan terselindungTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSaluran rahsia yang menggunakan proses penguncian fail, iaitu hasil daripada pengubahsuaian fail untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Perisian pelayan pada komputer sumber akan menyiarkan binari 1 dengan mengunci fail dan menyiarkan binari 0 dengan melepaskan kekunci fail. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, fail ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang.
valve spring retainerpenahan pegas injapKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang digunakan untuk memegang pegas injap pada batang injap. Penahan ini dibentuk daripada satu kepingan bu- lat dan silinder dengan satu alur lilitan di tengahnya. Alur ini berfungsi untuk mengunci penutup injap dengan menggunakan satu komponen pengunci.

Kembali ke atas