Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.ju.ngi] | مڠونجوڠي

Definisi : mendatangi utk melihat­-lihat (tempat dll) atau menemui seseorang, melawat, menziarahi: pelancong-pelancong yg ~ bandar tersebut tertarik dgn keindahannya; lama benar ia tidak ~ saudara-maranya di kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.ju.ngi] | مڠونجوڠي

Definisi : mendatangi sesuatu tempat utk melihat-lihat atau utk menemui orang; menziarahi: Tiap-tiap hari tidak putus-putus orang ~ Muzium Negara. Lama benar saya tidak ~ saudara-mara saya di kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
showroomingtinjau bilik pameranUmumTiadaAmalan mengunjungi kedai fizikal untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai dalam talian.
showroomerpeninjau bilik pameranUmumTiadaPembeli yang mengunjungi kedai fizikal untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai dalam talian.
webroomingtinjau bilik pameran mayaUmumTiadaAmalan mengunjungi kedai dalam talian untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai fizikal.
domestic excursionistpelawat harian domestikPelanconganTiadaPelawat tempatan yang mengunjungi sesuatu pusat pelancongan kurang daripada 24 jam dan tidak menginap.
kinship motivatorpenggerak pertalian keluargaPelanconganTiadaPendorong yang menggalakkan seseorang supaya saling mengunjungi saudara-mara dan mengenali antara satu sama lain untuk mengeratkan tali persaudaraan.
hard touristpelancong utamaPelanconganTiadaPelancong yang gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang kerap dilakukan pelancong lain atau mengunjungi tempat yang kerap dilawati pelancong lain.
lamentrintihanKesusasteraanPuisiPuisi ratapan yang mengandungi isi dan persoalan yang diungkapkan oleh penyairnya mengandungi unsur sedih, pilu atau murung. Contohnya, puisi "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang. Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda. Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan terkapar mati, Hanya papan dimakan bumi.
doorstep bankingperbankan depan pintuPerbankanTiadaKemudahan yang disediakan oleh pihak bank kepada pelanggan untuk melakukan aktiviti perbankan seperti pembukaan akaun, deposit tunai, pengeluaran tunai dan deposit cek tanpa perlu mengunjungi cawangan bank.

Kembali ke atas