Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
productive zonezon produktifKejuruteraanPetroleumSinonim : 1. zon berpengeluaran 2. zon bayar Strata batuan formasi yang poros dan telap yang mengandungi minyak mentah dan/atau gas yang boleh dikeluarkan ke permukaan, dan pengeluarannya adalah menguntungkan.
osteopathyosteopatiPerubatanTiada1. Sebarang penyakit tulang. 2. Sistem terapi yang dicipta oleh Andrew Taylor Still (1828-1917), yang berdasarkan teori bahawa tubuh dapat menghasilkan penawar terhadap penyakit dan keadaan toksik yang lain apabila berada dalam keadaan fizikal yang normal dan harmoni, dan keadaan sekitaran dalam yang menguntungkan serta pemakanan yang cukup.
corporate communicationkomunikasi korporatKomunikasiKorporat1. Bidang ilmu yang mengkaji tentang keadaan dan proses interaksi antara organisasi dengan khalayak yang berkepentingan. Bidang ini merangkumi antaranya komunikasi organisasi, perhubungan awam, perhubungan media, penulisan korporat, perhubungan kerajaan, pengurusan krisis komunikasi, komunikasi pengiklanan korporat, komunikasi perniagaan, audit komunikasi, komunikasi pemasaran bersepadu, dan pengurusan tanggungjawab sosial korporat. Kepentingan fungsi bidang ini adalah untuk menyediakan golongan pemikir serta perancang dan pelaksana organisasi sama ada swasta atau kerajaan, bagi memastikan wujudnya keseimbnagan pembangunan yang menguntungkan organisasi. Keuntungan ini bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi juga kebajikan khalayak yang berkepentingan dengan organisasi. Keterampilan organisasi dalam pengurusan komunikasi korporat boleh membantu meningkatkan kecekapan pengeluaran organisasi yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. 2. Komponen perniagaan yang berteraskan pengurusan perkhidmatan. Fokus komponen perniagaan ini berkaitan dengan perancangan strategi pengurusan organisasi yang berteraskan komunikasi, sama ada pengurusan intra-organisasi, pengurusan khalayak, ataupun pengurusan antara organisasi. Antara aktiviti perniagaannya termasuklah pengurusan acara, perundingan perhubungan awam, pengiklanan, pengauditan komunikasi, penyelidikan dan pembangunan serta penerbitan korporat.

Kembali ke atas