Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.rang.kan] | مڠورڠکن

Definisi : 1. menjadikan kurang, menyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit; 2. memotong (mengambil, menolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.rang.kan] | مڠورڠکن

Definisi : menyebabkan jadi kurang; menyusutkan: Berbagai-bagai langkah telah diambil oleh kerajaan utk ~ kemalangan yg berlaku di jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
water conservationpemuliharaan airBotaniTiadaKaedah penyesuaian tumbuhan bagi mengurangkan kadar kehilangan air. Kaedah ini dilakukan bagi mengelakkan kematian tumbuhan semasa kemarau. Keupayaan tumbuhan untuk menyimpan air dan juga mengurangkan arus transpirasi akan mengurangkan penurunan potensi air daun. Tumbuhan yang mempunyai mekanisme sedemikian dikenali sebagai tumbuhan jimat air, contohnya tumbuhan xerofit.
decongestantdekongestanPerubatanTiadaUbat yang mengurangkan sumbatan hidung akibat alahan atau jangkitan. Ia dapat mengurangkan pembengkakan selaput hidung dengan mengurangkan pengaliran darah pada mukosa. Ubat ini hanya melegakan gejala selesema tetapi tidak menyembuhkannya. Ia boleh diberikan secara semburan pada hidung atau secara oral. Antara kesan sampingannya ialah rasa panas dan kekeringan, manakala penggunaan semburan yang berpanjangan boleh menghasilkan fenomena pantulan selepas pemberhentiannya. Contoh dekongestan ialah Pseudoephedrine dan Promethazine.
resamplesampel semulaTeknologi MaklumatTiadaProses yang digunakan untuk menambah atau mengurangkan saiz dan/atau resolusi imej berasaskan peta bit. Suatu imej di sampel-naik untuk meningkatkan saiz sampel dengan menambah bilangan bit per piksel manakala sampel-turun merujuk kepada mengurangkan bilangan bit per piksel bagi mengurangkan saiz imej. Suatu imej juga boleh disampel-naik dengan meningkatkan resolusi melalui peningkatan dimensi peta bit. Sebaliknya imej boleh disampel-turun dengan mengurangkan dimensi peta bit.
resamplesampel semulaTeknologi MaklumatTiadaProses yang digunakan untuk menambah atau mengurangkan saiz dan/atau resolusi imej berasaskan peta bit. Suatu imej di sampel-naik untuk meningkatkan saiz sampel dengan menambah bilangan bit per piksel manakala sampel-turun merujuk kepada mengurangkan bilangan bit per piksel bagi mengurangkan saiz imej. Suatu imej juga boleh disampel-naik dengan meningkatkan resolusi melalui peningkatan dimensi peta bit. Sebaliknya imej boleh disampel-turun dengan mengurangkan dimensi peta bit.
antiexpansion solutionlarutan antikembanganPerubatanTiadaLarutan untuk mengurangkan pengembangan, misalnya kalsium sulfat untuk mengurangkan pengembangan gipsum.
sensori deprivationdeprivasi deriaPsikologiPsikologi UmumProses untuk mengurangkan rangsangan sama ada untuk mengurangkan tekanan atau mengenakan dendaan. Pada tahap awal percubaan kaedah deprivasi deria, individu akan berasa tidak selesa sehingga tidak mampu bertahan seperti berada di bilik kedap rangsangan. Mereka yang terlibat akan melaporkan pelbagai imaginasi dan kejadian ganjil yang dialami. Walau bagaimanapun, apabila kaedah ini dikawal, individu akan menikmati keindahan tanpa rangsangan sehingga mampu berasa tenang. Oleh sebab otak memerlukan rangsangan dari semasa ke semasa, deprivasi deria secara berpanjangan boleh menjadi satu penyiksaan atau hukuman seperti yang dialami oleh tahanan perang.
muscle relaxantpengendur ototPerubatanTiadaKumpulan ubat yang mengurangkan tonus dan keupayaan kontraktiliti otot skeletal dengan mengurangkan rangsangan pada simpang neuromuskular. Ia merangkumi ubat pengendur otot nyahkutub dan tak nyahkutub, yang digunakan dalam anestesia manakala ubat lain seperti toksin botulinum, Baclofen dan Dantrolene digunakan dalam rawatan otot spastik.
Schlicting-Bussmann flowaliran Schlicting-BussmannKejuruteraanKejuruteraan KimiaAliran bendalir di atas permukaan plat mendatar yang berongga apabila bendalir disedut ke dalam plat yang bertujuan untuk menambahkan bahan kimia, menyejukkan plat, mengurangkan kakisan, atau mengurangkan seret. Bendalir kadangkala juga dihembus daripada permukaan plat untuk mengelakkan pemindahan lapisan sempadan atau untuk membersihkan plat. Kes pengaliran ini dijelaskan oleh persamaan kebezaan berikut: f''' + f f'' = 0, dengan keadaan sempadan f = -1 jika h = 0 f' = 0 jika h = 0 f' = 1 apabila h � ? dan V(x) = A 2 [?u0/x]1/2. Kebezaan f adalah terhadap h yang ditakrifkan sebagai h = y [u0/2? x]1/2 dengan x = jarak dalam arah paksi x, y = jarak dalam arah paksi y, ? = kelikatan kinematik, ? = fungsi arus Lagrance, u0 = halaju aliran bebas, ?0 = halaju sedutan atau hembusan, A = pemalar (positif bagi hembusan negatif bagi sedutan). Persamaan kebezaan ini diselesaikan dengan menggunakan kaedah pengamiran berangka.
airspringpegas udaraKejuruteraan AutomotifTiadaAlat untuk mengurangkan hentakan atau geseran akibat keanjalan dan kekenyalan udara mampat. Contohnya, mengurangkan goncangan koc dengan meletakkan alat ini pada bogie koc tren.
water-backundur airKejuruteraanPetroleum1) Mengurangkan berat atau ketumpatan lumpur penggerudian dengan cara menambahkan air ke dalam lumpur tersebut. 2) Mengurangkan kandungan padatan di dalam sistem lumpur penggerudian dengan cara menambahkan air ke dalam sistem lumpur berkenaan.
12345678910...

Kembali ke atas