Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.rus] | مڠوروس

Definisi : 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan me­ngendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.rus] | مڠوروس

Definisi : menjadi kurus, merana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.rus] | مڠوروس

Definisi : 1 menjaga baik-baik supaya selamat dll; mengatur; mengemas: Seseorang isteri harus tahu ~ rumah. 2 menyelenggarakan supaya berjalan dgn baik (bkn perniagaan, kerja dll): Abangnya yg tualah yg ~ perniagaan di kedai itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurus (adjektif)
Bersinonim dengan kecil, kedengkik, lampai, renjong, halus, renceng, kering, cengkung, kotai;,
Kata Terbitan : mengurus, menguruskan, kekurusan,

Peribahasa

Si rabun memimpin si buta.

Bermaksud :

Diri sendiri belum terurus, hendak mengurus orang lain pula.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
أهلية التصرفkelayakan mengurusAgama IslamFiqhSeseorang yang berkelayakan untuk mengurus dan membelanjakan haknya.
administrative agencyagensi pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Badan atau organisasi yang diwujudkan untuk melaksanakan tanggungjawab pentadbiran. Agensi ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu agensi pusat dan agensi mengurus. Agensi pusat bertanggungjawab membantu, menyelaras dan mengawal perjalanan agensi mengurus. Contoh agensi pusat ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU), manakala agensi mengurus ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS). Agensi mengurus pula berperanan melaksanakan perkara yang menjadi tanggungjawab kerajaan dalam melaksanakan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat. Bagi memastikan agensi mengurus bertindak dengan cekap dan berkesan, maka agensi pusat bertanggungjawab menyediakan beberapa keperluan dalam mengawasi perjalanan agensi tersebut.

Internet serverpelayan InternetTeknologi MaklumatTiadaPelayan dalam sistem rangkaian Internet yang mengurus pelbagai sumber. Contohnya, pelayan web yang mengurus laman web. Pelayan Internet yang lain termasuklah pelayan e-mel, pelayan FTP, pelayan IRC, pelayan senarai dan pelayan perisian kumpulan.
leadershipkepimpinanPentadbiranPentadbiran Awam

Sifat pentadbir yang mengurus sesuatu organisasi ke arah sesuatu matlamat tertentu. Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi. Kepimpinan memerlukan kepakaran mengurus dan kemahiran teknikal tertentu untuk menggerakkan kakitangannya bekerja dengan penuh tanggungjawab selari dengan kerangka dasar organisasi. Dalam organisasi terdapat tiga tingkat kepimpinan iaitu, kepimpinan pengurusan tingkat tertinggi, tingkat menengah dan tingkat bawahan. Kepimpinan tingkat tertinggi dikenali sebagai kumpulan pengurusan dan profesional manakala kepimpinan peringkat menengah pula dikenali sebagai kumpulan sokongan. Sementara itu kumpulan tingkat rendah pula terlibat dalam pengurusan penyeliaan.

records managementpengurusan rekodPentadbiran PerniagaanTiada1. Peringkat kerja di dalam pemprosesan maklumat yang mengurus, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat yang tersedia. 2. Cara sesebuah organisasi mengurus rekod dan surat-menyuratnya.
operating systemsistem pengendalianTeknologi MaklumatTiadaAtur cara yang mengurus dan mengawal fungsi dan sumber komputer. Sistem pengendalian bertindak sebagai antara muka di antara pengguna dan perkakasan komputer. Sistem ini bertanggungjawab ke atas pelaksanaan atur cara aplikasi, mengawal input/output, mengurus sumber dan menyelaras fungsian komputer dan perkakasan/persisian yang disambung. Contohnya Windows, Mac OS, Linux dan Unix.
content management systemsistem pengurusan kandunganTeknologi MaklumatTiadaSistem yang digunakan untuk mengurus kandungan dalam tapak Web. Ia biasanya terdiri daripada dua unsur, iaitu aplikasi pengurusan kandungan (CMA) dan aplikasi pengagihan kandungan (CDA). Antara fungsi CMS adalah untuk menerbitkan bahan berasaskan Web, mengurus format dokumen, mengawal semakan, mengindeks, mencari dan mencapai kembali.
managing the riskmengurus risikoPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan atasan untuk mengenalpasti apakah bentuk masalah, konflik atau isu yang dihadapi oleh organisasi. Biasanya pelbagai kaedah digunakan oleh majikan untuk mengurangkan tekanan atau beban organisasi. Analisis SWOT (Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) biasanya menjadi amalan pihak pengurusan atasan dalam mengurus risiko. Contoh risiko yang biasa berlaku dalam organisasi ialah hubungan yang tidak baik di kalangan pekerja, majikan – pekerja, disiplin kakitangan, produktiviti lemah, ancaman persekitaran luaran organisasi seperti kedudukan ekonomi negara, persaingan, keadaan politik dan sebagainya.

operating expenditureperbelanjaan mengurusPentadbiranTiadaTiada
consumption expenditureperbelanjaan mengurusPerubatanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas