narrative verse | sajak naratif | Kesusasteraan | Tiada | Sajak yang mengutarakan pengisahan cerita secara terperinci. |
narrative poem | puisi kisah | Kesusasteraan | Tiada | Sajak yang mengutarakan pengisahan cerita secara terperinci. |
tencons | tenson | Kesusasteraan | Tiada | Lirik puisi yang dicipta oleh Provencal dimana dua orang trubador yang berlawan mengutarakan stanza silih berganti. Akhirnya melahirkan puisi perdebatan. |
tenson | tenson | Kesusasteraan | Tiada | Lirik puisi yang dicipta oleh Provencal yang mengisahkan dua orang trubador yang berlawan mengutarakan stanza silih berganti yang akhirnya melahirkan puisi perdebatan. |
team interview | temu bual kumpulan | Pendidikan | Tiada | Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang memerlukan seorang murid mengutarakan soalan kepada murid yang lain untuk mendapatkan maklumat diri. |
proletarian literature | sastera proletarian | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang mengisahkan kehidupan masyarakat kelas bawahan. Tujuannya adalah sebagai suatu propaganda untuk mengutarakan masalah ekonomi dan sosial kelas bawahan terhadap golongan atasan atau pemerintah. Contoh karya sebegini ditemui dalam novel karya Walter Greenwood bertajuk Love on the Dole. Contoh dalam sastera Melayu ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. |
limited omniscience | serba tahu terbatas | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sudut pandangan seseorang pengarang dalam sesebuah karya sastera. Pengarang mempunyai pengetahuan yang luas terhadap seseorang watak atau beberapa orang watak tertentu yang memainkan peranan dalam karya tersebut. Melalui sudut pandangan ini, pengarang akan menguasai seluruh perjalanan hidup watak, sama ada dari aspek luaran dan dalaman, termasuklah dalam mengutarakan pemikirannya. Keseluruhan perjalanan cerita berhubung kait dengan watak tersebut. Watak yang lain hanya diceritakan secara luaran sahaja. Sudut pandangan serba tahu terbatas ini kemudian berkembang menjadi salah satu teknik penceritaan utama dalam karya berbentuk stream of consciousness. |
polyphony | polifoni | Kesusasteraan | Tiada | Kehadiran suara pelbagai watak dalam novel yang menyampaikan ideologi, pendapat dan sudut pandangan yang bertentangan dalam kritikan sastera. Polifoni berbeza dengan novel konvensional, iaitu suara pengarang yang tunggal adalah dominan sehingga tidak ada ruang untuk suara lain. Novel konvensional bersifat monofoni. Konsep ini digunakan oleh Mikahail Bakhtin merujuk kepada novel ciptaan Dostoevsky sebagai karya polifoni yang berjaya mengutarakan pelbagai suara dan pandangan untuk tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat. Polifoni berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �banyak suara�. Lihat juga monofoni. |
imagism | imagisme | Kesusasteraan | Tiada | Suatu gerakan dalam kalangan penyair yang menampilkan imejan yang konkrit, jelas dan tertumpu pada puisi bebas. Penampilan imejan dilakukan tanpa komen oleh penyair itu sendiri. Imejan ini melahirkan respons intelektual dan emosional yang kompleks dalam sekilas masa. Contoh puisi imagisme ditemui dalam �In a Station of the Metro� oleh Ezra Pound. Gerakan imagisme popular di England dan Amerika antara tahun 1912-1917 sebagai tentangan terhadap puisi pada penghujung abad ke-19 yang dianggap sentimental oleh Ezra Pound, pengasas gerakan ini. Gerakan imagisme dipengaruhi oleh sajak haiku Jepun, sejenis puisi lirik yang mengutarakan pemerhatian penyair terhadap objek atau pemandangan alam. Secara umumnya, imagisme dikatakan menyumbang kepada permulaan sajak moden. |
new historicism | historisisme baru | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson. |