Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.niÖ.ma.ti] | منعمتي

Definisi : 1. mengecap (nikmat), meng­alami atau merasai sesuatu yg sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; 2. meng­­alami, merasai: menjadi suatu tang­gung­jawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ penga­laman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.niÖ.ma.ti] | منعمتي

Definisi : me­ngecap (merasai, mengalami) nik­mat: Mereka ~ kehidupan yg sangat ba­ha­gia. Ketika kami sampai, mereka sedang ~ makan tengah hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nikmat
1. Bersinonim dengan enak
( sedap, lazat, seronok, nyaman, naim, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan anugerah Allah
( kurnia, pemberian Allah, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : menikmati, kenikmatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breakfast nooksudut sarapanKesenianTiadaRuang kecil di bahagian penjuru dapur yang lengkap dengan meja dan kerusi untuk mewujudkan suasana santai ketika menikmati sarapan pagi. Ruang kecil di dapur yang lengkap dengan meja dan kerusi untuk menikmati hidangan ringan dalam suasana santai. Ruang ini lazim digunakan untuk sarapan. (pemurnian 15/9)
farm visitlawatan ladangPelanconganTiadaKunjungan pelawat untuk menikmati suasana dan mempelajari cara hidup di ladang.
hikingkembaraPelanconganTiadaAktiviti menjelajah dengan berjalan kaki sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
forest bathingmandian rimbaPsikologiTiadaPerbuatan meluangkan masa di dalam rimba untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Mandian rimba merupakan salah satu cara untuk mengatasi dan mengurangkan tekanan kepada golongan yang sibuk bekerja dengan menghayati segala yang terdapat di sekelilingnya termasuklah bunyi, bau dan pemandangan. Istilah ini berasal daripada bahasa Jepun, iaitu ‘shinrin-yoku’ dan merupakan rutin di Jepun sejak tahun 1980-an. Mandian rimba juga dikenali sebagai terapi rimba.
scenic byway programprogram laluan indahPelanconganTiadaRancangan perjalanan melalui jalan sekunder untuk menikmati panorama yang indah.
recreational foresthutan lipurPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaHutan yang dibuka kepada awam untuk menikmati keindahan seperti sungai dan pokok-pokok alam semula jadi.
seaside restaurantrestoran tepi lautPelanconganTiadaTempat menjual makanan dan minuman, serta menyediakan kemudahan untuk menikmati makanan di tepi laut.
evening walkjejak petangUmumTiadaAktiviti berjalan-jalan atau bersiar-siar pada waktu petang di kawasan tertentu untuk menikmati keindahan pemandangan.
romantic getawaypercutian romantikUmumTiadaPercutian atau perjalanan singkat yang diambil oleh pasangan untuk tujuan mempererat hubungan dan menikmati masa yang berkualiti bersama-sama dalam suasana yang menggalakkan kemesraan dan romantik.
mountain tourismpelancongan gunungPelanconganTiadaAktiviti pelancongan yang dilakukan di kawasan pergunungan seperti meluncur ski pada musim sejuk atau menikmati keindahan alam semula jadi pada musim bunga.
12

Kembali ke atas