Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nim.bul.kan] | منيمبولکن

Definisi : 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan (utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan, dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu pe-rasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifat­nya yg kasar ~ rasa benci orang ter­hadap­nya; 4. ki menyebabkan berlaku (ter­dapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan, mendatangkan (meng­adakan, menjadikan, dll); 5. Mn menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelan­jaan, dll), memperbaiki kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nim.bul.kan] | منيمبولکن

Definisi : 1 menyebabkan naik ke atas dr dlm air dll: Setelah jauh dr kapal pembinasa musuh, barulah mereka ~ kapal selam mereka. 2 ki membangkitkan sesuatu perasaan (spt rasa benci, rasa cemburu); menerbitkan: Sifatnya yg angkuh itu ~ ra­sa benci orang terhadapnya. 3 ki menye­babkan berlakunya sesuatu peperangan, pergaduhan dll; mengakibatkan; men­datangkan: Kejadian-kejadian itu dpt ~ perang saudara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timbul (kata kerja)
1. Bersinonim dengan naik: terapung, melampung, tidak tenggelam,
Berantonim dengan tengelam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan muncul keluar, kelihatan, tampak, terbit,
Berantonim dengan lenyap

3. Bersinonim dengan berlaku: terjadi, tercetus,

Kata Terbitan : menimbulkan,

Peribahasa

Bagai api dengan rabuk.

Bermaksud :

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing dengan panggang [= balur], b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
risk managementpengurusan risikoKomunikasiKorporatSistem dan proses pengesanan dan pengawalan unsur yang dijangka boleh menimbulkan masalah dan menjadi punca krisis kepada organisasi. Salah satu peranan perhubungan awam adalah untuk menghalang berlakunya sesuatu insiden atau keadaan yang boleh menimbulkan masalah sehingga menjejaskan dan mencemarkan citra organisasi. Pihak pengurusan perhubungan awam bertanggungjawab menyediakan strategi bagi mengurus dan mengawal keadaan tersebut sebelum berlakunya implikasi yang boleh memudaratkan organisasi. Antara kaedah yang kerap digunakan adalah dengan mengenal pasti masalah, mengadakan siri komunikasi dengan pihak yang dijangka menimbulkan masalah, dan memberikan pampasan kepada pihak yang boleh menimbulkan masalah. Selain itu, kaedah lain yang boleh digunakan adalah dengan memastikan masalah yang berpotensi menimbulkan risiko yang tinggi tidak didedahkan kepada pihak media yang kemungkinannya boleh menjadi suatu krisis.
verse satiresatira puisiKesusasteraanTiadaPuisi yang mengandung pernyataan yang menimbulkan ketawa, dan juga dapat menimbulkan kemarahan.
pacetempoKesenianDrama dan TeaterKawalan kelajuan gerak untuk menimbulkan kesan dramatik supaya dapat mengekalkan tumpuan penonton. Pergerakan yang terlalu perlahan boleh menimbulkan kebosanan manakala pergerakan yang terlalu laju boleh menyebabkan kekeliruan.
humour/humorhumorKesusasteraanTiadaJenis penulisan yang utama yang bertujuan menimbulkan kelucuan atau menarik minat seseorang ke arah keadaan atau suasana yang menimbulkan kelucuan.
auditory imagerycitraan dengaranKesusasteraanPuisiKesan keseluruhan pada pendengaran yang menimbulkan kesatuan perasaan daripada penggunaan perkataan. Contohnya, kata-kata seperti ombak, ribut, guruh yang biasanya menimbulkan kebimbangan atau ketakutan.
retardationkerencatan tempoKesenianDrama dan TeaterTeknik kelajuan gerak yang sengaja dilakukan untuk menimbulkan kesan tertentu kepada penonton. Perjalanan gerak boleh diperlahankan bagi menimbulkan kesan kebosanan dan penyeksaan atau dipercepat untuk mengelirukan penonton. Contohnya, kerencatan tempo yang diperlahankan dapat dilihat dalam drama Waiting For Godotkarya Samuel Beckett.
illicit drugdadah terharamPerubatanTiadaDadah yang penggunaannya diharamkan oleh pihak pemerintah kerana dadah tersebut dapat menimbulkan ketagihan atau kesan buruk pada pemikiran, seperti halusinasi dan euforia, yang seterusnya boleh menimbulkan gejala sosial yang buruk. Misalnya, heroin, mofina, LSD (lisergida) dan ganja.
raisemenaikkan; menimbulkan; meninggikanFizikTiadaTiada
raisemenaikkan; menimbulkan; meninggikan;gohong naikKejuruteraanTiadaGohong naik: Terowong condong atau tegak di dalam lombong bawah tanah yang dikorek ke atas untuk menghubungkan satu paras dengan paras lain.
constitutional crisiskrisis perlembagaanSains PolitikPolitik PerbandinganKonflik yang wujud ekoran daripada tindakan sesuatu pihak untuk meminda atau merombak bahagian tertentu dalam dokumen perlembagaan. Tindakan tersebut menimbulkan bantahan atau tentangan daripada kelompok lain yang kemudian membawa kepada krisis perlembagaan. Pindaan atau rombakan dokumen perlembagaan akan hanya menimbulkan krisis apabila tindakan tersebut melampaui batas yang diterima seperti mengehadkan bidang kehakiman, menghapuskan hak istimewa kelompok tertentu, mengurangkan peruntukan belanjawan pihak tertentu atau menaikkan cukai dalam sektor tertentu. Contohnya, Malaysia pemah mengalami krisis perlembagaan pada tahun 1983 apabila kuasa raja-raja dihadkan.
12345678910...

Kembali ke atas