[me.ning.gal.kan] | منيڠݢلکن
Definisi : 1. membiarkan (mendiamkan) sahaja pd tempatnya (keadaannya dll), tidak membawa pergi: mereka terpaksa ~ anak isteri di kampung utk pergi ke bandar mencari pekerjaan; 2. pergi dr, berundur dr, menjauhkan diri dr: ia mula ~ tempat itu; kereta api bergerak semula ~ stesen Seremban menuju Kuala Lumpur; 3. membiarkan ber-baki, menyisakan: tidak dihabiskan makanan itu, ditinggalkan sedikit utk anaknya; 4. memberi (kpd), mewariskan, memberi (bekas-bekas, kesan, dll), mengakibatkan: ~ pesanan; ~ harta; sindiran itu begitu tajam sehingga ~ kesan yg dalam di hatinya; 5. membiarkan sahaja (tidak mengambil, mempergunakan, dll), melepaskan (peluang, kesempatan, dll): sekarang aku berasa kesal kerana ~ peluang baik itu dahulu; 6. sudah melebihi (melampaui, melewati, mendahului, mengatasi): dlm banyak lapangan, bangsa lain telah ~ bangsa Melayu; dlm menguruskan perkara perkahwinan saudara-mara tidak baik ditinggalkan; 7. tidak memasukkan ke dlm per-timbangan (perkiraan dll), mengetepikan, mengesampingkan: kerana kesuntukan masa, beberapa acara dlm perayaan itu terpaksa ditinggalkan sahaja; ia hanya menyebut masalah-masalah besar dan ~ yg kurang penting; 8. membuang (adat dll), tidak memakai atau menjalankan lagi (peraturan, faham, cara, dll), meletakkan (mengosongkan) jawatan dll: penyajak ini sudah ~ bentuk syair sama sekali; pernah kedapatan gadis bangsa asing ~ agama mereka kerana mengikut laki-laki bangsa kita; 9. tidak mempedulikan atau mengendahkan (kewajiban dll), mencuaikan (mengalpakan, melalaikan): ~ kewajiban; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.ning.gal.kan] | منيڠݢلکن
Definisi : 1 membiarkan tinggal; tidak membawa bersama: Ia ~ anaknya di rumah. 2 berlepas dr; pergi dr; menjauhkan diri dr: Ia ~ Kota Kinabalu pd hari Ahad. 3 membiarkan berbaki; melebihkan: Faridah ~ dua keping roti utk adiknya. 4 mendahului atau mengatasi; melebihi: Dlm bidang kejuruteraan, orang-orang Jerman sudah ~ orang-orang Inggeris. 5 mengetepikan sesuatu perkara; tidak memasukkan dlm pertimbangan dll; tidak mempedulikan. 6 tidak memakainya atau tidak menggunakannya lagi (ttg adat, kebiasaan dll): Ia sudah lama ~ adat Perpatih. 7 melalaikan atau mencuaikan sesuatu kewajipan dll: Bapanya yg sudah tua itu tidak pernah ~ puasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)