Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ning.gi] | منيڠݢي

Definisi : 1. menjadi tinggi, naik tinggi ke atas: pokok itu tumbuh membesar dan ~ dr sehari ke sehari; 2. menjadi kuat dan nyaring (suara), muluk (suara): suara orang mengaji semakin ~; 3. angkuh, sombong: cakapnya ~ sahaja; 4. menghampiri atau hampir berada pd waktu tengah hari: hari semakin ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ning.gi] | منيڠݢي

Definisi : 1 menjadi tinggi; naik tinggi. 2 menjadi kuat dan nyaring (ttg suara). 3 sombong: Cakapnya ~ saja. ~ hari menjadi ham­pir tengah hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meninggi

Puisi
 

Banyak sungguh bintang meninggi,
     Ada satu bintang kejora;
Banyak sungguh orang di sini,
     Cuma yang satu permainan mata.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
octaveoktafKesenianTiada1. Lapan ton skala major atau minor yang terbahagi kepada dua belas semiton. 2. Jeda di antara ton pertama dan kelapan (meninggi dalam skala major atau minor)

Kembali ke atas