Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ning.kat.kan] | منيڠکتکن

Definisi : meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ning.kat.kan] | منيڠکتکن

Definisi : meninggikan kedudukan, taraf dll. Mereka berusaha utk ~ taraf hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aphrodisiacafrodisiakFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan merangsang atau meningkatkan naluri seks. 2. Agen yang digunakan untuk meningkatkan keinginan seks dan meningkatkan kebolehan melakukan hubungan seksual.Agen ini boleh terdiri daripada bahan makanan seperti akar gingseng, minuman beralkohol dan penggunaan drug tertentu seperti yohimbina, kanabis, sildenafil dan levodopa.
economy of high wagesekonomi upah tinggiEkonomiTiadaEkonomi yang berfahaman bahawa untuk meningkatkan upah akan meningkatkan produktiviti.
tabtabAeroangkasaTiadaatau meningkatkan momen engsel dan keberkesanan permukaan berkuasa.,atau meningkatkan momen engsel dan keberkesanan permukaan berkuasa.
norepinephrinenorepinefrinaVeterinarPraklinikalHormon katekolamin yang dirembeskan oleh medula adrenal. Norepinefrin bertindak bersama epinefrin dalam gerak balas fisiologi badan terhadap tekanan. Hormon ini menyebabkan vesel darah mengecut kemudian meningkatkan rintangan dan seterusnya meningkatkan tekanan darah arteri.
glucocorticoidglukokortikoidPerubatanTiadaHormon kortikosteroid yang meningkatkan metabolisme karbohidrat melalui perangsangan glukoneogenesis, yang akhirnya meningkatkan kuantiti glikogen hati dan paras glukosa darah. Hormon ini juga merencatkan gerak balas inflamasi alergi dan imunologi.
quality control circle (QCC)kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMK)PentadbiranPentadbiran Awam

 Sekumpulan individu yang dilantik, membentuk satu pasukan kerja untuk mengenal pasti, mengawasi dan memantau kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Antara fungsi utama kumpulan meningkatkan mutu kerja ialah menetapkan garis panduan mutu kerja yang perlu dipatuhi, memperkemas piawai kualiti kerja, memantau operasi pentadbiran organisasi, menggariskan peraturan dan polisi ke arah pencapaian mutu kerja yang tinggi. Kumpulan ini dipilih dan dilantik berdasarkan kredibiliti, keupayaan, ketelusan, kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing. Kumpulan ini akan dibubarkan apabila matlamat untuk meningkatkan mutu kerja dalam organisasi telah tercapai. Contoh pasukan KMK ialah pasukan QC dan TQM.

stimulantsperangsangPsikologiPsikologi UmumDadah yang boleh meningkatkan tenaga, kewaspadaan dan aktiviti. Dadah seperti amfetamina, metamfetamina dan kokain boleh meningkatkan paras neurotransmiter dopamina atau serotonin. Tindakan ini akan memanjangkan kesan bahan tersebut pada reseptor masing-masing. Neurotransmiter dopamina banyak mempengaruhi tingkah laku yang berkaitan dengan motivasi. Transmiter tersebut boleh menguatkan dorongan individu untuk terlibat dalam aktiviti seperti seksual, makan, perjudian dan permainan video. Selain itu, dadah ini juga boleh mengganggu aktiviti bahagian otak lain dengan menimbulkan kekeliruan, kebimbangan dan kebengkengan. Dadah ini boleh membawa beberapa akibat buruk kepada penggunanya seperti masalah paru-paru, jantung, kemurungan, kebimbangan dan kematian.
augmentorpengimbuhKejuruteraanTiada1. Augmentor: Bahan yang dianggap meningkatkan tindakan kinesis. 2. Istilah yang menghuraikan sel saraf atau saraf yang tindakannya meningkatkan kecepatan dan daya denyut jantung.
augmentoraugmentorPerubatanTiada1. Augmentor: Bahan yang dianggap meningkatkan tindakan kinesis. 2. Istilah yang menghuraikan sel saraf atau saraf yang tindakannya meningkatkan kecepatan dan daya denyut jantung.
meditationmeditasiPsikologiPsikologi UmumSenaman mental yang digunakan untuk meningkatkan kesedaran individu. Meditasi diperoleh melalui satu siri latihan tumpuan yang boleh meningkatkan kesedaran dan mengawal proses mental supaya pengaliran fikiran tidak mudah terganggu. Semasa proses meditasi, rakaman elektroensefalogram (EEG) menunjukkan wujudnya pola gelombang yang unik tentang kesedaran. Terdapat dua jenis meditasi, iaitu meditasi tumpuan dan meditasi reseptif. Individu yang mengamalkan meditasi tumpuan akan memfokus kepada satu titik seperti objek, pemikiran atau pernafasan. Sebaliknya individu yang mengamal meditasi reseptif meluaskan lapangan pandangan melebihi satu titik dengan melebarkan mindanya ke alam yang lebih luas. Meditasi tumpuan didapati lebih berpengaruh dan biasanya diiringi dengan mantera yang disebut berulang kali secara beritma dan lancar. Meditasi berkesan dalam merendahkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan meredakan ketegangan otot.
12345678910...

Kembali ke atas