bank | bank | Ekonomi | Tiada | Institusi kewangan yang menjalankan urus niaga seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti, dan menjalankan dasar kewangan kerajaan. Bank dikelaskan mengikut fungsi utamanya seperti bank pusat, bank perdagangan, bank saudagar, dan bank simpanan. |
nemesis | nemesis | Kesusasteraan | Tiada | Pembalasan terhadap sesuatu perbuatan jahat, atau ejen yang menjalankan pembalasan tersebut. Dalam tradisi Yunani, konsep pembalasan dipersonifikasikan melalui Nemesis, iaitu dewa Yunani yang bertanggungjawab menjalankan tugas pembalasan bagi pihak para dewa antara terhadap mereka yang melakukan kesalahan. Istilah Nemesis berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �pembalasan�. |
paramedical practitioner | pengamal paramedik | Perubatan | Tiada | Kumpulan Penolong Pegawai Perubatan berdaftar yang memberikan rawatan, menjalankan ujian diagnostik, rehabilitasi dan khidmat nasihat kesihatan yang terhad berbanding skop dan kompleksiti tugas Pegawai Perubatan. Kumpulan ini juga boleh menjalankan tugas secara autonomi dalam skop yang ditetapkan atau dengan pengawasan yang terhad oleh Pegawai Perubatan. |
solopreneur | usahawan solo | Perniagaan | Tiada | Individu yang menjalankan perniagaan secara bersendirian tanpa memerlukan pejabat atau rakan kongsi. |
gigger | pekerja gig | Ekonomi | Tiada | Individu yang menjalankan sesuatu tugas atau kerja sama ada secara kontrak jangka masa pendek, pekerjaan bebas atau fleksibel dengan sokongan aplikasi digital. |
freelancer | pekerja bebas | Ekonomi | Tiada | Individu yang menjalankan sesuatu tugas atau kerja secara sementara atau sambilan dan tidak terikat dengan komitmen jangka masa panjang dengan majikan. |
altered parenting | keibubapaan terubah | Kejururawatan | Tiada | Ketidakupayaan menjalankan fungsi keibubapaan yang mengakibatkan gangguan proses pembesaran dan perkembangan fizikal dan mental seorang kanak-kanak. |
ecopreneur | ekousahawan | Perniagaan | Tiada | Individu atau kumpulan yang menjalankan aktiviti perniagaan dengan menawarkan produk atau perkhidmatan yang mesra alam. |
infopreneur | infousahawan | Perniagaan | Tiada | Individu atau kumpulan yang menjalankan aktiviti perniagaan dengan cara menjual maklumat sama ada secara dalam talian atau luar talian, contohnya pemblog, penulis, perunding atau jurulatih. |
multipreneur | multiusahawan | Perniagaan | Tiada | Individu atau kumpulan yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan pada satu masa yang sama. |