generative content | kandungan generatif | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam teks sastera yang mengandungi isi penting yang dapat menjana perkembangan cerita atau dapat diperkembangkan dengan tujuan menyuburkan cerita tersebut. Kandungan generatif mungkin merupakan idea utama, motif yang berulang-ulang dalam naratif (leit-motif), atau imej yang mengawal keseluruhan tema. Dalam roman Melayu, tema percintaan merupakan isi generatif. Motif buangan merupakan leit-motif yang utama. Dalam teori morfologi Propp (1968), unsur plot yang disebut fungsi merupakan isi generatif dalam cerita pari-pari kerana unsur ini menjana perkembangan cerita seterusnya. Contohnya, fungsi penganiayaan atau kekurangan merupakan fungsi yang terawal dalam skema plot yang menjana perkembangan cerita sehingga ke akhirnya. Lihat juga fungsi. |
agonist | agonis | Sains Sukan | Biomekanik | Otot yang menjana daya bagi membolehkan pergerakan dihasilkan. Agonis merupakan penggerak utama dalam pergerakan. Banding antagonis. |
photovoltaic | fotovoltan | Fizik | Nanoteknologi | Keupayaan peranti untuk menjana voltan elektrik apabila didedahkan kepada cahaya atau sinaran elektromagnet. Peranti tersebut dinamakan sel fotovoltan atau sel suria kerana berupaya menukar cahaya matahari secara terus kepada kuasa elektrik. Peranti sel fotovoltan yang paling ringkas diperbuat daripada gabungan dua bahan berlainan sifat elektrik yang diapit oleh dua elektrod. Salah satu daripada elektrod itu lut sinar. Contoh sel fotovoltan ialah sambungan p-n bahan semikonduktor silikon. Sel fotovoltan yang dibuat daripada bahan berstruktur nanometer seperti nanowayar atau bintik kuantum, dijangka mempunyai kecekapan yang tinggi. |
traffic generator | penjana trafik | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kawasan yang menjana trip seperti kawasan perumahan, industri, pusat membeli-belah dan sebagainya. |
oxygen sensor | penderia oksigen | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Alat pengesan dalam sistem ekzos yang menjana voltan yang berubah mengikut kandungan oksigen dalam gas ekzos. Perubahan isyarat voltan ini dihantar ke modul kawalan elektronik atau kawalan rangkaian kuasa untuk melaraskan nisbah udara-bahan api. |
air compressor | pemampat udara | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Motor yang terdiri daripada tangki untuk menjana dan menyimpan udara bertekanan tinggi. |
excitation | pengujaan | Sains Sukan | Biomekanik | Proses apabila sel berada dalam keadaan depolarisasi dan bersedia untuk menjana potensi aksi. Lihat juga potensi aksi. |
coefficient of lift | pekali angkatan | Sains Sukan | Biomekanik | Nombor tanpa unit yang menunjukkan kebolehan jasad untuk menjana angkatan ketika melalui bendalir. Nilai pekali bergantung pada bentuk jasad dan sudut tumpu. |
high-energy ignition (HEI) | pencucuhan tenaga tinggi | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pencucuhan elektronik yang berupaya untuk menjana voltan sekunder setinggi 35 000 volt atau lebih. Sistem ini menggantikan pencucuhan titik sentuhan dan membolehkan penggunaan palam pencucuh yang mempunyai celahan yang lebih lebar dan menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih ekonomi dan pancaran ekzos lebih rendah. Singkatan HEI. |
coefficient of drag | pekali seretan | Sains Sukan | Biomekanik | Nombor tanpa unit yang menjadi petunjuk kepada kebolehan jasad menjana rintangan bendalir. |