bimodal virus | virus bimodal | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang biasanya menjangkiti sektor but dan fail secara serentak. Virus ini boleh menjangkiti pelbagai jenis objek dan merebak dalam pelbagai cara. |
solo pathogen | patogen solo | Biologi | Patologi | Patogen yang mempunyai inokulum yang biasanya tidak mampu menjangkiti perumah tetapi kemudian mampu berbuat demikian setelah mengalami pengubahsuaian. Sebagai contoh, ustilospora kulat smut pada jagung (Ustilago maydis) biasanya tidak mampu menjangkiti perumahnya kerana kulat tersebut berada dalam peringkat haploid. Oleh sebab terdapat gangguan dalam proses meiosisnya maka ustilospora tersebut menjadi diploid, dan seterusnya patogenik. |
sector virus | virus sektor | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang menjangkiti sektor but pada cakera komputer atau disket. Virus ini sentiasa menyasarkan ruangan but cakera kerana ruang ini mengandungi arahan dan atur cara pertama yang akan dimuatkan ke dalam ingatan sebagai sahaja komputer dimulakan atau disket dimasukkan pada komputer. Setelah menjangkiti sektor but, fail asal dalam sektor ini akan dipindahkan ke sektor lain dalam sistem komputer yang akan ditandakan sebagai rosak. Peningkatan kadar sektor storan yang rosak secara mendadak menunjukkan kewujudan virus sektor. Contoh virus sektor ialah BRAIN. Sinonim virus sektor but. |
virus | virus | Teknologi Maklumat | Perisian | Sejenis kod hasad yang menjangkiti fail atau atur cara dalam sistem komputer apabila komputer dijalankan. Virus biasanya mempunyai muat beban yang boleh mengganggu kestabilan sistem komputer seperti memadam fail, menggunakan kuasa CPU komputer dan mencuri maklumat pengguna. Pengatur cara virus biasanya menyebarkan virus melalui mel elektronik. Aplikasi antivirus sangat penting untuk melenyapkan atau mengasingkan virus yang telah menjangkiti sistem komputer. Virus pertama yang ditemui ialah virus sektor but yang disebut Brain. Virus lain yang berbahaya ialah virus CIH atau Chernobyl. |
bacteriophage | bakteriofaj | Biologi | Mikrobiologi | Virus yang menjangkiti bakteria. Kepala virus ini berbentuk polihedron, ekornya pendek, dan seluruh badan diselaputi protein. Virus ini menyerang bakteria dengan memasukkan molekul DNA ke dalam bakteria tersebut melalui ekornya. |
contagium | penjangkit | Perubatan | Tiada | Agen yang menjangkiti manusia atau haiwan, yang menyebabkan penyakit berjangkit suaan. Misalnya, virus dan bakteria. |
blastomycosis | blastomikosis | Perubatan | Tiada | Jangkitan berkulat yang menjangkiti kulit, paru-paru atau bahagian tubuh lain yang disebabkan oleh kulat daripada genus Blastomyces. |
adenovirus | adenovirus | Biologi | Mikrobiologi | Kumpulan virus yang menjangkiti salur penafasan atas. virus ini tidak begitu virulen jika dibandingkan dengan virus influenza. |
dermatophyte | dermatofit | Perubatan | Tiada | Sekumpulan kulat yang menjangkiti permukaan kulit, misalnya kulat daripada genus Microsporum, Epidermophyton dan Trichophyton. |
Toxoplasma gondi | Toxoplasma gondi | AIDS | Tiada | Protozoa yang menjangkiti manusia melalui najis kucing atau dengan memakan daging lembu yang kurang masak atau mentah. Protozoa ini menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai toksoplasmosis. |