Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jauh.kan] | منجاءوهکن

Definisi : 1. menjadikan jauh, me­reng­gangkan, menjarangkan, menjarakkan: berus gigi yg hendak dimasukkan ke dlm mulutnya itu dijauhkannya semula; 2. menghindarkan, menyingkirkan; ~ bencana menghindarkan bencana; ~ diri menyingkirkan (menyi­sih­kan) diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jauh.kan] | منجاءوهکن

Definisi : 1 menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2 menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jauh (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak dekat: besar jaraknya, dura,
Berantonim dengan dekat

2. Bersinonim dengan amat sangat: terlampau, sangat, terlalu, sungguh, sekali, paling,

Kata Terbitan : berjauh, menjauhi, menjauhkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chef's kisskucupan cefUmumTiadaIsyarat atau cara untuk menyatakan kepuasan atau persetujuan dengan mencium hujung jari sebelah tangan dan kemudian menjauhkan jari-jari dari bibir dengan gerakan ke luar.
masnawimasnawiKesusasteraanPuisiBentuk puisi Arab yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu. Ia mempunyai empat baris bersajak berpasangan. Isinya ialah untuk melahirkan perasaan kasih sayang dan pemujaan terhadap orang Temama, memuja semangat kepahlawanan dan ada juga berunsur falsafah atau fikiran yang mengandungi pengajaran. Setakat mi yang ada hanyalah bentuk masnawi yang diterjemahkan atau yang dipetik secara langsung. Contohnya, Umar yang adil dengan perinya, Nyatalah pun adil sama sendirinya Dengan adil itu anaknya dibunuh, Inilah adalat yang benar dan sungguh. Dengan bedah antara isi alam. Ialah yang besar pada siang malam. Lagipun yang menjauhkan segala syiar. Imamulhak di dalam padang Mahsyar, Barang yang hak taala katakan itu, Maka katanya sebenarnya begitu.
masnawimasnawiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional daripada puisi Parsi yang mempunyai dua misrak dalam satu bait. Kedua-dua misrak ini mestilah sama rimanya. Skema rimanya ialah aa, bb, cc, dan seumpamanya. Tiada sekatan dalam jumlah baitnya, malah ada yang mencecah 9000 hingga 80 000 bait. Tema yang diketengahkan dalam masnawi boleh berunsur sejarah, patriotik, cinta, agama, dan didaktik. Sesetengahnya menceritakan kisah pari-pari atau tema yang diilhamkan daripada falsafah tasawuf. Tokoh utama dalam genre ini ialah Jalal al-Din Rumi yang terkenal dengan karyanya Mathanavi-yi Ma�navi (Masnawi Kerohanian) dan Divan-i Kabir (Antologi Puisi Agung). Dalam sastera Melayu, masnawi dicipta dalam dua bait yang sama rima di hujungnya dan mengandungi suku kata yang berjumlah dari 10 hingga 14. Penulisan masnawi bertujuan memuji orang kenamaan atau sesuatu perbuatan yang baik. Contohnya, masnawi yang ditulis oleh Sasterawan Negara (SN) Arena Wati berjudul �Umar� (Asas Pengetahuan Puisi): Umar Umar yang adil dengan perinya Nyatalah pun adil sama sendirinya. Dengan adil itu anaknya dibunuh, Inilah adalat� yang benar dan sungguh. Dewan beza antara isi alam, Ialah yang besar pada siang dan malam. Lagipun yang menjauhkan segala syar, Imamul Haq di dalam Padang Mahsyar. Barang yang Haq Taala katakan itu, Maka katanya sebenarnya begitu.

Kembali ke atas