usl?b ?l-??k?m | usl?b ?l-??k?m | Kesusasteraan | Tiada | Jawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak �anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab dengan menerangkan cara-cara melakukan nafkah (berbelanja), bertujuan untuk menyatakan penjelasan tersebut adalah lebih penting daripada menjawab soalan yang dikemukakan. usl?b al-?ak?m dalam bahasa Arab bermaksud �cara pengolahan oleh si bijaksana�. Usl?b ?l-??k?m dikenali juga sebagai ?l-Q?wl bi ?l-m?wjb. Lihat juga ilmu ?l-b?d?�. |
open-ended question | soalan terbuka | Sains Politik | Politik Perbandingan | Soalan kepada responden dalam suatu kerja lapangan penyelidikan yang bersifat terbuka dan subjektif jawapannya. Responden bebas menjawab mengikut fikirannya tanpa sebarang pilihan. Ini berbeza dengan soalan tertutup, apabila responden diberi pilihan seperti 'Ya' atau 'Tidak', 'Benar' atau 'Salah' dan 'Sangat Setuju', 'Setuju', 'Tidak Setuju' dan 'Sangat Tidak Setuju'. Soalan tertutup ini memberi pilihan yang terbatas sebaliknya soalan terbuka membolehkan responden menjawab mengikut pandangannya tanpa sebarang pilihan. |
poverty of speech | kurang pertuturan | Perubatan | Psikiatri | Percakapan yang sedikit kerana tidak berminat untuk menjawab pertanyaan atau disebabkan fikiran yang terganggu. |
poverty of speech | kurang pertuturan | Perubatan | Psikiatri | Percakapan yang sedikit kerana tidak berminat untuk menjawab pertanyaan atau disebabkan fikiran yang terganggu. |
interpretive exercise | latihan tafsiran | Pendidikan | Tiada | Ujian yang mengandungi carta, petikan, puisi atau bahan-bahan lain yang memerlukan pelajar mentafsir bagi menjawab soalan tersebut. |
open book test | ujian buka buku | Pendidikan | Tiada | Kaedah penilaian yang dirancang dengan cara membolehkan pelajar merujuk kepada nota atau alat bantuan ingatan, buku teks, atau bahan lain yang dibenarkan semasa menjawab soalan peperiksaan atau ujian. |
Spin-N-Think | Putar dan Fikir | Pendidikan | Tiada | Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan kadbod yang terdapat anak panah dan boleh dipusing untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji. |
open book test/exam | ujian/peperiksaan buka buku | Pendidikan | Tiada | Kaedah penilaian yang dirancang dengan cara membolehkan pelajar merujuk kepada nota atau alat bantuan ingatan, buku teks, atau bahan lain yang dibenarkan semasa menjawab soalan peperiksaan atau ujian. |
corresponding author | pengarang koresponden | Pendidikan | Tiada | Individu yang bersama-sama menyediakan makalah dengan beberapa pengarang dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk berkomunikasi terhadap jurnal yang ingin diterbitkan bermula dari penyerahan manuskrip, kajian semula setara sehingga kepada proses penerbitan dengan memastikan semua keperluan pentadbiran jurnal dipatuhi. Pengarang koresponden biasanya akan bersedia untuk menjawab segala persoalan sepanjang proses pertanyaan editorial dan setelah jurnal tersebut diterbitkan. Pengarang koresponden terdiri daripada penyelidik kanan atau ahli akademik, seperti profesor kanan atau penyelidik utama yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman penerbitan. |