ensemble | ensembel | Kesusasteraan | Tiada | Interaksi dinamik dan jalinan usaha barisan artis dalam menjayakan sebuah produksi teater. |
team spirit | semangat berpasukan | Sukan | Lumba Basikal | Kemahuan tinggi di kalangan pemain sepasukan untuk bekerjasama dan menjayakan pasukan tersebut. |
dramatic irony | ironi dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan atau situasi dalam persembahan (drama, teater) yang diketahui oleh penulis atau penonton, tetapi watak-watak yang menjayakan persembahan itu mungkin tidak mengetahuinya. Persembahan menggunakan kaedah plot yang membolehkan penonton mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak berbanding apa yang disedari oleh watak itu sendiri. Watak bertindak bertentangan dengan apa yang sewajarnya, aksinya memberikan makna yang berlainan kepada penonton. Ramalan boleh meningkatkan kesan ironi dramatik. Contohnya, dalam drama Oedipus Rex, Oedipus mendesak agar mencari pembunuh Creon, tetapi sebenarnya dialah pembunuhnya. Oedipus dapat melihat dengan jelas ketika buta, tetapi semasa celik, dia sebenarnya buta. Lihat juga ironi. |
Green Revolution | Revolusi Hijau | Sains Politik | Politik Perbandingan | Program meningkatkan produk pertanian yang berkualiti tinggi dengan menggunakan teknologi moden. Program ini dilaksanakan melalui penggunaan tanah yang optimum, benih dan baja yang berkualiti, racun yang berkesan, terusan dan sistem perparitan yang baik serta jentera yang sesuai bagi menambah baik sistem pertanian tersebut. Perancangan rapi dibuat supaya negara tersebut menghasilkan pengeluaran yang sesuai dengan sifat ekologi negara tersebut. Bagi menjayakan program ini, tenaga buruh digunakan secara optimum. Revolusi Hijau selalu dikaitkan dengan usaha negara sedang membangun yang tidak berupaya melaksanakan program industri secara berkesan. Idea mengenai revolusi ini dihasilkan oleh saintis Amerika Syarikat iaitu Norman E. Borlaug yang telah memenangi Hadiah Nobel tahun 1970 kerana ikhtiarnya yang cuba menghapuskan kebuluran dunia. |
political mobilization | mobiIisasi politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menggerakkan anggota masyarakat atau pertubuhan oleh pemimpin supaya bersama-sama terlibat dalam politik untuk mencapai sesuatu matlamat. Mereka yang selama ini pasif terhadap politik diberikan kesedaran, ditanamkan semangat dan dibangunkan supaya lebih aktif untuk terIibat dalam poIitik. Proses ini lebih cenderung dilaksanakan dalam pemerintahan demokrasi. Gerakan ini memberikan peningkatan kepada penglibatan orang ramai dalam politik sekali gus menjayakan perjuangan mereka. |