Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.ja.ki]/[men.je.ja/.ki] | منججقي

Definisi : 1. menginjak; 2. mengikuti jejak atau bekas langkah, mengesani (mengikuti) perjalanan dsb: dr situlah angkatan perang Jepun terus mara ke Selatan ~ pengunduran askar-askar Inggeris, India, dan Australia hingga ke Singapura; 3. ki mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dsb) seseorang dll, menyiasat, menyelidiki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jejak (kata nama)
Bersinonim dengan bekas, kesan, denai, alur, runut, selarung;,
Kata Terbitan : berjejak, menjejak, menjejaki,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
natural resources accounting (NRA)perakaunan sumber asliKejuruteraanTiadaKaedah menjejaki pencapaian ekonomi negara atau tempatan dengan mengambil kira perubahan akaun dalam kuantiti dan kualiti sumber asli.
crane shottangkap krenKomunikasiTiadaTangkapan yang dibuat dengan bebas dan berterusan secara mendatar, menegak atau menjejaki sesuatu subjek yang dilakukan dengan meletakkan kamera di atas pelantar kren yang digerakkan secara hidraulik.
risk resolutionresolusi risikoTeknologi MaklumatPerisianPenghasilan keadaan yang menghapuskan risiko pada item pembangunan sistem seperti peruntukan, penskedulan projek dan spesifikasi perisian. Contohnya, menjejaki kemajuan projek dengan menangani risiko item itu sendiri dan tindakan pembetulan akan diambil jika perlu.
subroutinesubrutinTeknologi MaklumatPerisianSebahagian kod daripada satu atur cara yang besar untuk melakukan tugas tertentu yang secara relatifnya tidak bersandaran dengan kod yang di luar subrutinnya. Dalam membina suatu atur cara, penggunaan subrutin dapat mengurangkan kerumitan dalam menjejaki perjalanan atur cara. Hal ini penting kerana dapat membantu pengatur cara mengesan kesalahan pengaturcaraan dengan lebih sistematik. Sinonim subatur cara, fungsi, prosedur, rutin.
groupwareperisian kumpulanTeknologi MaklumatTiadaSejenis perisian multi pengguna yang direka bentuk untuk menyokong sekumpulan pengguna yang bekerja sama dalam menyiapkan suatu tugasan atau projek. Perisian ini membolehkan penyepaduan kerja, koordinasi dan kolaborasi di antara ahli kumpulan dilaksanakan dengan mencapai dan berkongsi sumber maklumat yang sama. Perisian ini juga mampu menjejaki perjalanan dan pencapaian tugasan/projek. Antara fungsi perisian kumpulan adalah e-mel, pengurusan dan perkongsian dokumen, pangkalan data, penjadualan kumpulan, perbincangan, forum, sidang video dan audio, dan sebagainya. Contoh perisian kumpulan adalah seperti Lotus Notes.

Kembali ke atas