analogy | analogi | Kesusasteraan | Tiada | Cara menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan menggunakan sesuatu perkara yang sudah difahami. Hal ini dilakukan kerana kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kehadiran beberapa ciri yang sama antara dua perkara itu dijadikan asas untuk membandingkan persamaan atau perbezaan. Walaupun kedua-dua perkara yang dibandingkan itu mempunyai persamaan, namun tidaklah persis serupa. Umpamanya, denyutan jantung diterangkan seperti cara sebuah pam berfungsi. Analogi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �bahagian yang sama rata�. Lihat juga metafora, simile. |
encode | mengekod | Sains Kesihatan | Tiada | Menghasilkan dan menjelaskan pertuturan. |
behaviouralism | behaviouralisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pendekatan yang menjelaskan persoalan fakta dalam sesuatu analisis politik. Menurut pendekatan ini, sesuatu kajian atau analisis politik perlu mengambil kira faktor ekonomi, sosial dan psikologi. Pendekatan ini cuba memahami politik dengan melihat perkaitan antara elemen tingkah laku masyarakat seperti sikap, kepercayaan, nilai, norma dan adat dengan aspek politik seperti pilihan raya, parti politik, penyertaan politik kumpulan pendesak, revolusi dan sebagainya. Pendekatan ini juga tidak melihat politik hanya bersifat keinstitusian seperti parlimen, kerajaan, legislatif, kehakiman dan pentadbiran awam. Dalam konteks ilmu politik, pendekatan ini muncul kesan daripada reaksi intelektual untuk menjadikan disiplin politik lebih bersifat holistik dan saintifik. Pendekatan ini diperkenalkan oleh Charles E. Merriam dari Universiti Chicago pada tahun 1940-an dan kemudiannya dikembangkan oleh anak murid beliau antaranya V.O. Key, David B. Truman, Herbert Simon dan Gabriel Almond yang lebih popular dikenali sebagai "Chicago School of Thought". Sinonim faham tingkah laku. |
anecdotal record | rekod anekdot | Pendidikan | Tiada | Catatan yang menjelaskan pertuturan dan perlakuan seseorang dalam situasi tertentu yang dapat menggambarkan pola tingkah laku, minat, sikap, dan masalah. |
pluralism | Faham majmuk | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang menjelaskan sebuah masyarakat yang memiliki kepelbagaian sama ada dari segi kelompok etnik, parti politik, pertubuhan pendesak atau individu. Setiap kelompok memiliki minat dan kepentingan yang berbeza serta bersaing antara satu sama lain dalam mempengaruhi dasar negara mengikut peraturan yang ditetapkan. Kepelbagaian dan kebebasan merupakan ciri utama fahaman ini iaitu hak dan tanggungjawab setiap kelompok atau individu perlu dihormati. Dalam masyarakat yang majmuk, kepelbagaian ini sering ditonjolkan dalam bentuk kaum atau ras manakala dalam masyarakat yang lebih kompleks ditonjolkan oleh parti politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang pelbagai. Fahaman ini menolak penguasaan kelas atasan terhadap masyarakat atau sekatan terhadap kebebasan persaingan politik. Sinonim pluralisme. |
nursing rationale | rasional kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Tindakan kejururawatan yang menjelaskan sebab dan akibat sesuatu tindakan yang akan dilakukan. |
feminist victimology | viktimologi feminis | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perspektif pemangsaan yang menjelaskan tentang hubungan antara wanita dengan pemangsaan, khususnya dari aspek gender. Contohnya, faktor kelemahan fizikal wanita menyebabkan golongan tersebut menjadi sasaran mudah penjenayah. |
one step lower | rendah satu tangga | Pentadbiran | Tiada | Dasar yang menjelaskan bahawa calon boleh memohon jawatan yang memerlukan kelayakan rendah satu tingkat daripada kelayakan calon yang ada. |
black power | kuasa kulit hitam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Slogan yang menjelaskan tentang aspirasi masyarakat kulit hitam keturunan Afrika sama ada yang berada di Afrika atau di luar Afrika berhubung dengan persoalan kemandirian kebangsaan. Slogan ini menghuraikan kesedaran bersama secara positif di kalangan masyarakat berkulit hitam. Slogan ini juga menyeru semua masyarakat kulit hitam ulltuk mewujudkan satu identiti sepunya di kalangan mereka sebagai satu kelompok etnik, menegakkan budaya kulit hitam dan bekerjasama secara kolektif ke arah yang lebih progresif. Dari segi sejarah, slogan ini dipopularkan oleh seorang pejuang kulit hitam di Amerika Syarikat iaitu, Willie Ricks (sekarang lebih popular dengan panggilan Mukasa) di sekitar tahun 1960-an. Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Masyarakat Afrika di Amerika Syarikat. Antara tokoh lain ialah Muhammad Ali, Martin Luther King dan Malcolm X. |
goal specification | spesifikasi matlamat | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses yang menjelaskan matlamat sesuatu rancangan dengan terperinci. |