beef cattle | lembu daging | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Lembu yang dipelihara bagi tujuan menjualkan dagingnya. |
primary securitization | pensekuritian pertama | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses mengumpulkan kontrak hutang pembeli dan menjualkan hutang tersebut kepada pihak kedua. Pihak kedua membayar pembelian tersebut secara tunai. Pembiayaan hutang berkenaan akan dilakukan melalui pengeluaran bon berkupon sifar. |
secondary securitization | pensekuritian kedua | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses pihak pembeli bon berkupon sifar dalam pensekuritian pertama menjualkan hutangnya kepada pihak ketiga. Hutang ini akan dipakej dan disekuritikan kepada pelabur lain dengan tujuan berkongsi keuntungan. |
wakalah muqayyadah | pewakilan terhad | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang memberi kuasa terhad kepada individu atau organisasi untuk menjalankan urusan tertakluk kepada syarat tertentu. Contohnya, A berkata kepada B "Saya mewakilkan awak supaya menjualkan tanah saya ini dengan harga RM100,000 secara ansuran selama 4 bulan". B menjawab "Saya bersetuju". Wakil terikat dengan syarat yang ditetapkan oleh pewakil. Sekiranya wakil ingkar kepada syarat tersebut, pewakil tidak lagi terikat dengan urusan yang dibuat oleh wakil, kecuali ketidakpatuhan syarat memberi kebaikan seperti berjaya menjual tanah secara tunai. |
bai‘ ‘inah financing | pembiayaan bai‘ ‘inah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan tunai yang melibatkan akad pembelian secara hutang dan penjualan semula secara tunai. Proses pembiayaan ini berlaku seperti yang berikut: i. Pelanggan yang ingin mendapatkan pembiayaan tunai menghubungi bank. ii. Pelanggan membeli aset daripada bank secara hutang. iii. Pelanggan menjualkan semula aset tersebut kepada bank secara tunai. iv. Bank menyerahkan harga jualan tunai kepada pelanggan. Melalui cara ini, pelanggan telah berhutang dengan bank melalui akad hutang tetapi kemudiannya berjaya mendapatkan tunai melalui jualan tunai. Harga jualan hutang kepada individu biasanya lebih tinggi daripada belian tunai oleh bank. Kaedah pembiayaan ini diamalkan oleh sesetengah perbankan Islam untuk tujuan pembiayaan peribadi. Penerimaan dari sudut syarak adalah berbeza mengikut mazhab kerana dianggap sebagai helah menghalalkan riba. Walau bagaimanapun, kaedah ini sepakat diterima dari segi syarak apabila proses jual beli ini melibatkan pihak ketiga yang dikenali sebagai pembiayaan tawarr |
tawarruq financing | pembiayaan tawarruq | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan yang melibatkan akad pembelian aset secara hutang dan penjualan semula secara tunai kepada pihak ketiga. Proses pembiayaan ini berlaku seperti yang berikut: i. Individu yang ingin mendapatkan wang tunai membeli suatu barang daripada seorang peniaga dengan harga ansuran untuk tempoh tertentu. ii. Individu tersebut menjualkan semula barang berkenaan kepada pihak ketiga secara tunai dengan harga yang kurang daripada harga beliannya. Melalui cara ini, individu tersebut telah berhutang dengan peniaga melalui akad hutang tetapi berjaya mendapatkan tunai melalui jualan tunai daripada pihak ketiga. Kaedah ini sepakat diterima dari segi syarak kerana akad hutang dan jual beli tunai itu melibatkan pihak yang berlainan. |