Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ju.lur] | منجولور

Definisi : menjalar, merayap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ju.lur] | منجولور

Definisi : menganjur keluar (lidah dr mulut dll), belunjur (kaki dll): ular sawa itu ~ keluar dr lubang di bawah tangga itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ju.lur] | منجولور

Definisi : 1 menganjur keluar (bkn lidah dr mulut dll); keluar memanjang: Lidah anjing itu ~ kerana kepanasan. 2 (duduk) berlunjur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
julur
Kata Terbitan : menjulur, menjulurkan, terjulur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stub wingsayap puntungAeroangkasaTiadaSatu satah pendek yang menjulur keluar dari fiuslaj pesawat udara.,Satu satah pendek yang menjulur keluar dari fiuslaj pesawat udara.
jettyjetiKesenianSeni Bina1. Struktur yang menjulur keluar dari dinding rumah atau bangunan dalam seni bina Zaman Pertengahan, seperti seni bina kolonial Amerika. Struktur ini biasanya terdapat di bahagian tingkat atas sesebuah rumah. Lihat juga menjeti. 2. Struktur kayu atau konkrit yang dibina di tebing sungai atau laut sebagai tempat sampan atau kapal berlabuh.
proboscisprobosisBiologiHistologi dan SitologiStruktur yang menjulur daripada kepala seperti pada serangga, anelid nemertea, dan gajah. belalai.
pickuppungut; pikap; mata kaitKejuruteraanTiada3. Pikap: Lengan pemain rekod yang menjulur di sebelah atas rekod dan memegang kartrij pikap.
oesophagusesofagusPentadbiran PerniagaanTiadaTiub berotot, kira-kira 23 cm panjang, yang menjulur dari farinks ke gaster.
adenohypophysisadenohipofisisBiologiFisiologiLobus berkelanjar atau bahagian pada jasad pituitari, yang terbit/menjulur dari kantung Rathke dan terdiri daripada pars distalis, pars tuberalis dan pars intermedia.
liner laptindihan pelapikKejuruteraanPetroleumPanjang bahagian atas pelapik yang digunakan yang menjulur ke dalam bahagian dasar rentetan selongsong di mana pelapik tersebut digantung. Pada jarak ini bahagian atas pelapik dan bahagian bawah rentetan selongsong saling bertindihan.
knee rootakar lipatPerhutananPengurusan HutanAkar khusus beberapa jenis tumbuhan yang menjulur di udara sebelum masuk ke dalam tanah.
mesenteriummesenteriumBiologiFisiologi1. Lipatan peritoneum yang berfungsi untuk menetapkan kedudukan visera. 2. Sekatan otot yang menjulur ke dalam pada dinding badan haiwan selenterat.
shaft workkerja aciKejuruteraanKejuruteraan KimiaKerja yang dilakukan ke atas atau oleh bendalir melalui suatu peralatan (seperti aci atau omboh) yang menjulur ke dalam sesuatu sistem. Peralatan tersebut mungkin berputar atau diputarkan dan merupakan satu kaedah penukaran tenaga antara sistem dan persekitaran.
123

Kembali ke atas