Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.ko/] | منوکوق

Definisi : memalu, memukul, mengetuk, menukul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.ko/] | منوکوق

Definisi : menambah pengetahuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.ko/] | منوکوق

Definisi : memberi tokok, menambah, mengimbuh: ia ada wang utk ~ kekurangan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.ko/] | منوکوق

Definisi : mem­­berikan tokok; menambah; me­ng­imbuh: Ia ~ jumlah bayaran itu se­banyak lima puluh ringgit lagi utk membeli buku. Anaknya digalakkan belajar utk ~ ilmu sbg bekalan utk masa depan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tokok2 (kata kerja)
Bersinonim dengan penokok, penukul, tukul, martil;,
Kata Terbitan : menokok, tokokan, penokokan, penokok, menokok,

Peribahasa

Badan bersaudara;
     emas perak tiada bersaudara;
kasih saudara sama ada,
     kasih bapa menokok harta yang ada,
kasih ibu sama rata;
     kasih sahabat sama binasa.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autobiographic fictionfiksyen autobiografiKesusasteraanTiadaFiksyen yang mengisahkan riwayat hidup pengarang sendiri. Fiksyen autobiografi berbeza dengan autobiografi. Hal ini demikian kerana dalam fiksyen ini, pengarang boleh merubah, menukar atau menokok tambah mana-mana teks bertujuan untuk melindungi atau menyembunyikan peristiwa yang sebenar. Kadangkala, perubahan atau pertukaran dibuat untuk memadankan atau menyesuaikan cerita yang dikisahkan itu dengan tuntutan struktur sebuah novel atau cereka. Bentuk cerekanya sama tetapi menggunakan tokoh ternama sebagai watak yang dikenali sebagai roman a clef. Fiksyen autobiografi sering menggunakan sudut pandangan orang pertama atau sudut pandangan orang ketiga. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh fiksyen autobiografi dapat dilihat dalam novel al-Ayyam (Hari Demi Hari) oleh Taha Husayn, seorang penulis Mesir. Fiksyen autobiografi dikenali juga sebagai cereka autobiografi. Lihat juga aubiografi, autobiografi bersimulasi, roman � clef.

Kembali ke atas