Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.la/] | منولق

Definisi : 1. mendorong, menyorong: mereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; 2. mencegah (bahaya dll), mengelakkan atau menangkis (serangan dll), menangkal (penyakit dll): ~ serangan musuh; ~ bencana bah; 3. tidak mahu mene­rima (meluluskan, mengabulkan, membenar­kan), tidak membenarkan (pendapat), me­nam­pik: pinangannya ditolak orang; rezeki jangan ditolak; pendirianmu itu saya tolak keras; mazhab purisme bahasa memper­lihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 4. = menolakkan menghalau, mengusir: isterinya ditolak dr rumahnya; 5. mengurangi, mem­buang, memotong: ia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja drpd gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.la/] | منولق

Definisi : 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Peribahasa

Seludang menolak mayang.

Bermaksud :

Menyombongkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dadaismdadaismeKesusasteraanTiadaAliran pemikiran yang menolak aturan, kesempurnaan dan konvensi, sebaliknya memperjuangkan perkara yang tidak rasional. Aliran ini berkembang selepas Perang Dunia Pertama.
vaccine reluctancekeengganan vaksinKesihatan AwamTiadaPerbuatan menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia.
palinodepalinodaKesusasteraanTiadaKarangan yang bertujuan untuk menolak pendapat (kepercayaan, pegangan) yang telah dihasilkan oleh penyair/penulis terdahulu. Dalam kesusasteraan, khususnya puisi, palinoda lazimnya ditujukan untuk menafikan tulisan yang terdahulu, terutamanya terhadap penulisan oda yang awal.
antirealistic fictionfiksyen antirealistikKesusasteraanTiadaFiksyen kontemporari yang menolak teknik biasa seperti plot, perkembangan watak, pemaparan latar yang realistik, tetapi menggunakan unsur absurd dan fantasi. Berbeza dengan fiksyen konvensional, fiksyen antirealistik bertujuan memastikan pembaca tidak mengidentifikasikan dirinya secara realistik dengan watak dalam karya tersebut. Fiksyen antirealistik kontemporari bertolak daripada karya pengarang surrealist Perancis dan karya Franz Kafka dan James Jouce pada awal abad ke-20, khususnya berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk memaparkan pemikiran di bawah sedar. Fiksyen antirealistik juga dikenali sebagai surfiksyen. Lihat juga anankronisme, metafiksyen.
hydrophobichidrofobikFizikNanoteknologiSifat bahan atau molekul yang menolak kehadiran molekul air. Bahan hidrofobik tidak menyerap dan larut di dalam air dan biasanya tidak bercas dan tidak mempunyai kumpulan berkutub. Contohnya, bahan berminyak, berlemak dan bergris yang digunakan untuk mencuci kotoran minyak dan cucian kering. Banding hidrofilik.
anti-novelantinovelKesusasteraanTiadaKaedah penulisan novel yang menolak penggunaan unsur novel konvensional, terutamanya dari segi pembentukan plot.
cancel culturebudaya penolakanPentadbiranTiadaFenomena atau amalan menolak, memboikot atau menamatkan sokongan secara terbuka terhadap individu atau kumpulan kerana tindakan atau perkataan mereka tidak boleh diterima dari segi moral dan sosial.
kickerpenolakKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang boleh menolak keluar kepingan logam yang siap ditekan dengan kuasa hidraulik atau pneumatik.
repudiation clausefasal penolakaninsuransTiadaFasal yang membolehkan insurer menolak sesuatu tuntutan kerana pemegang polisi telah melanggar syarat polisi atau tuntutan tidak dilindungi oleh polisi tersebut.
vaccine-reluctant groupkumpulan enggan vaksinKesihatan AwamTiadaKumpulan yang menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia.
1234567

Kembali ke atas