Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tonjol (kata nama)
Bersinonim dengan bengkak, benjol, jendul, bonggol, bongkol, bincul, ponok;,
Kata Terbitan : menonjol, menonjolkan, tertonjol,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
allocriptic colorationperwarnaan alokriptikBiologiEkologiPerwarnaan perlindungan tambahan atau penggunaan sebarang bahan untuk menonjolkan diri sesuatu haiwan, misalnya sesetengah krustasea menghiasi dirinya dengan rumpai laut.
expressionismekspresionismeKesenianDrama dan TeaterAliran falsafah yang menonjolkan pengalaman dalaman sebagai objek. Dalam pementasan drama, pengamal aliran ini biasanya tidak memperlihatkan sesuatu konsep secara objektif, sebaliknya menggambarkan penyertaan pengalaman dalaman pengarang sebagaimana yang terjelma dalam diri pengarang atau dalam diri watak. Aliran ini dipelopori para pelukis yang cuba melahirkan pengalaman dalaman melalui penggunaan warna yang garang, pergerakan yang bertenaga dan cahaya yang terang.
psychopathic personalitypersonaliti psikopatiPerubatanTiadaSejenis personaliti yang menonjolkan ciri-ciri yang bertentangan dengan norma masyarakat, seperti tidak suka bergaul, suka menimbulkan konflik, kurang tolerans, mementingkan diri sendiri, sukar belajar daripada pengalaman, denda, atau hukuman dan tidak bertanggungjawab.
impressionismimpresionismeKesenianDrama dan TeaterAliran yang menekankan pengucapan jiwa hasil daripada kesan peresapan seseorang karyawan terhadap objek yang dilihat dan kemudian dizahirkan semula dalam karyanya. Pengamal aliran ini menonjolkan watak, adegan atau suasana melalui sesebuah karya sebagaimana yang terkesan dalam diri pengarang pada waktu tertentu dan daripada perspektif penting yang dilihatnya dengan tidak menggambarkan bentuk objek secara realistik. Aliran ini bermula dalam bidang seni lukis pada pertengahan abad ke-19 di Perancis. Lihat jugaekspresionisme.

Kembali ke atas