antagonist | antagonis | Sains Sukan | Biomekanik | Otot yang bertindak untuk menstabilkan ketegangan yang wujud daripada penjanaan daya oleh otot agonis. Contohnya, jika otot agonis menguncup, otot antagonis akan mengendur untuk membolehkan berlakunya pergerakan. Banding agonis. |
assistance responses | gerak balas bantuan | Sains Sukan | Biomekanik | Tindakan penyesuaian yang menstabilkan sistem motor biologi sebelum melakukan pergerakan. Contohnya, persediaan sebelum melakukan apa-apa pergerakan seperti meluruskan tangan ke hadapan untuk menangkis pukulan pendek pihak lawan dalam acara badminton. |
aging reaction | tindak balas penuaan | Sains Kesihatan | Tiada | Tindak balas yang menstabilkan enzim asetilkolinesterase terfosfolirat akibat perencatan oleh pestisid jenis organofosfat. |
saddle bridge | pelana batang hidung | Sains Kesihatan | Tiada | Pelana yang ditempatkan di batang hidung untuk menstabilkan kedudukan kaca mata. |
anticipatory stabilization | penstabilan antisipasi | Sains Sukan | Biomekanik | Penyesuaian postur badan secara automatik yang menghasilkan pergerakan untuk menstabilkan sistem semasa antisipasi terhadap gangguan mekanikal yang berkaitan dengan pergerakan. Antisipasi bermaksud menduga pergerakan lawan dengan lebih awal. Contohnya, dalam perlawanan badminton, apabila pemain A melompat, maka pemain B perlu melakukan antisipasi, iaitu menduga lebih awal tindakan yang akan dilakukan oleh pemain A sama ada melakukan syot junam, smesy ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Dalam keadaan ini, postur badan perlu berada dalam keadaan yang betul dengan tindakan yang dilakukan, seperti kaki kanan dan tangan kanan ke hadapan. |
excipient | eksipien | Herba | Pemiawaian | Bahan lengai yang ditambah ke dalam sesuatu formulasi herba untuk memberikan bentuk kepada tablet atau berfungsi sebagai pencair bagi menstabilkan formulasi. Contohnya, pektin dan sukrosa. |
groin | benteng hakisan | Sains Marin | Tiada | Struktur binaan kukuh seperti jeti yang panjang, sempit dan rendah yang dibuat daripada kayu balak, batu, konkrit atau keluli. Benteng dibina dari pantai dan menghala ke laut bagi mengelakkan hakisan pada pantai dengan cara memerangkap serta mengumpul pasir untuk menstabilkan pantai. Sekiranya dibina dengan banyak, struktur ini disebut dataran benteng hakisan yang berfungsi untuk menstabilkan kawasan pantai yang lebih luas. |
agricultural policy | dasar pertanian | Ekonomi | Tiada | Dasar pembangunan sektor pertanian yang meliputi pembaikan institusi dan struktur pertanian seperti corak milik tanah, kredit, pengeluaran, pemasaran, dan sokongan pertanian. Dasar ini bertujuan untuk menstabilkan harga keluaran pertanian dan meningkatkan pendapatan petani. Dasar ini melibatkan perencanaan dan peruntukan pembangunan untuk sektor pertanian, pelaksanaan projek-projek pertanian, sokongan dan pengawalan. |
macroeconomic policy | dasar makroekonomi | Ekonomi | Tiada | Dasar ekonomi yang mempengaruhi agregat ekonomi yang bertujuan antara lain untuk mencapai guna tenaga penuh, menentukan tingkat harga umum yang stabil, mencapai tingkat pertumbuhan ekonomi yang memuaskan dan menstabilkan nilai mata wang negara. Pelaksanaan dasar makroekonomi melibatkan kegiatan pihak berkuasa seperti perbendaharaan atau bank pusat, memilih alat atau pemboleh ubah yang sesuai, dan menentukan tingkat pemboleh ubah yang berpatutan supaya boleh mempengaruhi pemboleh ubah sasaran mencapai tingkat yang bersesuaian dengan matlamat ekonomi yang dikehendaki. |