annulorrhaphy | anulorafi | Perubatan | Tiada | Tatacara menstrukturkan, atau menjahit, pinggir-pinggir kantung atau gelang hernia. |
stanza | stanza | Kesusasteraan | Tiada | Satu unit yang mengandungi beberapa bait dalam sesebuah sajak. Unit ini berfungsi menstrukturkan sajak tersebut kepada bahagian kecil. Unit ini bergantung pada jumlah baris, panjang pendek suku kata dalam setiap baris, skema rima dan matra. Sajak yang mempunyai 16 baris mungkin dibahagikan kepada empat stanza, dan setiap stanza mengandungi empat baris. Stanza berfungsi untuk menggariskan sempadan dan memperkembangkan suatu idea kepada idea yang seterusnya. |
historical criticism | kritikan historis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru. |
new mythology | mitologi baru | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan mitos dan fantasi dalam fiksyen sains. Penggunaan mitos ini tanpa mengambil kira sama ada mitos (mitologi) baru atau tidak. Untuk kesignifikanan mitos baru ini, pengarang sains fiksyen mendakwa bahawa sains fiksyen menerapkan pola-pola mitos silam dalam menstrukturkan teksnya. Pengarang sains fiksyen juga menuntut agar tema sains fiksyen yang popular dan diulang-ulang boleh dianggap sebagai mitos baru bagi sesuatu masyarakat. |
stream of consciousness | aliran kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Teknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakaman pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold Bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalaman Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf |
stream of consciousness | aliran kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Teknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dal |