Chief Minister | Menteri Besar atau Ketua Menteri | Undang-undang | Tiada | Ketua eksekutif negeri yang dilantik atas keyakinan majoriti Dewan Undangan Negeri. |
central government | kerajaan pusat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Institusi pemerintah peringkat tertinggi yang terdapat dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem persekutuan. Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang besar mengatasi kuasa yang ada pada kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan dan menjadi pusat rujukan bagi pentadbiran negara. Kuasa kerajaan pusat diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Kuasa ini biasanya meliputi hal ehwal luar negeri, pertahanan, kewangan, perdagangan antarabangsa dan keselamatan dalam negeri. Kerajaan pusat di Malaysia mempunyai struktur pentadbiran yang sistematik, terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Kabinetnya, Parlimen dan Kehakiman. |