agency fee | yuran agensi | Pelancongan | Tiada | Wang yang perlu dibayar kepada pihak berwajib untuk menubuhkan sesebuah agensi. |
multi-party system | sistem berbilang parti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem yang memperlihatkan persaingan yang terbuka kepada pelbagai parti. Sistem ini membenarkan setiap kelompok menubuhkan parti politik dan bersaing antara satu sama lain. Setiap parti bebas bertanding, bergabung atau membentuk kerjasama di kalangan mereka. Dalam sistem ini, parti yang memenangi pilihan raya akan membentuk kerajaan seperti di negara Jerman, Perancis dan Itali. Namun, terdapat juga keadaan apabila tidak ada parti yang berupaya membentuk kerajaan dan terpaksa bergabung seperti di negara-negara Scandinavia. |
protection and indemnity risk | risiko indemniti dan perlindungan | insurans | Tiada | Sesetengah risiko sejak dahulu tidak boleh diinsuranskan dalam pasaran insurans marin. Dengan ini, tuan punya kapal telah menubuhkan persatuan kerjasama (kelab) untuk perlindungan risiko tersebut. Perlindungan termasuk belanja pengasingan, liabiliti perlanggaran dan kesan pelanggaran, belanja pembersihan kesan kemusnahan dan liabiliti di bawah kontrak penundaan serta liabiliti terhadap kerosakan kepada kapal lain selain perlanggaran dan sebagainya. Risiko ganti rugi termasuk liabiliti tuan punya kapal terhadap kargo, denda kelewatan, pemindahan atau kesalahan kastam. |
crime vigilantism | kewaspadaan jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Langkah-langkah yang diambil oleh individu atau kumpulan secara sukarela tanpa kuasa undang-undang untuk mengelakkan atau mencegah jenayah daripada berlaku. Contohnya, penduduk di kawasan perumahan yang menubuhkan pasukan rondaan untuk menangani jenayah di kawasan tersebut. |
guided democracy | demokrasi terpimpin | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang kuat dipengaruhi oleh pemimpin negara yang biasanya terdapat di negara yang sedang membangun. Demokrasi ini dikatakan terpimpin kerana masyarakat negara yang baru merdeka dianggap tjdak cukup matang untuk mengamalkan demokrasi liberal. Dalam demokrasi ini, kebebasan politik seperti bersuara, menubuhkan organisasi, menerbitkan akhbar dan buku serta kebebasan pembangkang terhad. Tokoh yang memperkenalkan idea ini di Indonesia ialah Soekarno ekoran daripada kegagalan demokrasi liberal yang diamalkan di negara tersebut sebelum itu. Beliau kemudiannya melancarkan zaman demokrasi terpimpin dengan mengimbangi kuasa tentera dan Parti Komunis dalam jentera pemerintahannya serta menolak peranan modenis Islam. Dalam sistem ini, Soekarno menggantung parlimen dan pilihan raya, memiliknegarakan pelbagai perusahaan yang besar (terutamanya milik Belanda) dan menahan penentang politiknya serta menghantar mereka ke pulau buangan. Beliau juga percaya bahawa hanya dengan campur tangan pemerintah akan memungkinkan pertumbuhan demokrasi bagi negara yang baru merdeka. |
popular front | barisan popular | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gabungan atau kerjasama beberapa parti politik untuk menentang pihak lawan yang sama. Lazimnya barisan ini ditubuhkan oleh parti-parti komunis. Konsep ini dipopularkan oleh Dirmitrov dalam Konvensyen Komunis Antarabangsa (Comintern) ke-7 pada tahun 1935 sebagai strategi untuk cuba mengatasi gerakan fasis pada masa itu. Gabungan ini dikatakan barisan popular kerana parti komunis sering dirujuk sebagai parti untuk orang rarnai. Parti komunis menubuhkan gabungan ini untuk mendapat sokongan yang banyak dan seterusnya berkuasa. Contohnya, gabungan parti komunis di Eropah terutamanya di Perancis dan Sepanyol yang dibentuk pada tahun 1936-1938 sebagai langkah untuk mengatasi perkembangan Parti Fasis. |
neutral | neutral | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar tidak memihak kepada mana-mana individu, kelompok, pertubuhan atau negara yang sedang bersaing dengan pihak lain. Konsep ini selalu digunakan untuk merujuk persaingan antara blok timur dan barat dalam era Perang Dingin apabila sebilangan negara sedang membangun mengisytiharkan bahawa mereka tidak memihak kepada blok timur atau barat. Dasar tidak memihak mula dikemukakan oleh Tito (Yugoslavia), Soekarno (Indonesia) dan Nkrumah (Ghana) semasa persidangan awal Pergerakan Negara Tidak Berpihak. Hasilnya, kumpulan negara ini menubuhkan pergerakan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak yang digelar sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). |
bangsawan | bangsawan | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis teater bersifat opera yang mengandungi lagu, muzik, dialog dan dipersembahkan tanpa skrip. Walaupun tanpa skrip, rangka lakon atau senario setiap cerita ditampalkan di belakang pentas untuk dijadikan panduan. Justeru, persembahan bangsawan banyak memanfaatkan teknik improvisasi dalam dialog dan aksi. Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan latar yang diwarnakan, aksi yang streotaip, serta muzik dan tarian yang tidak dirancang. Cerita bangsawan berkisar tentang dalam raja, istana dan dewi-dewi. Ada juga cerita berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina, dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater parsi (dikenali sebagai Wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatan yang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Kumpulan bangsawan yang terkenal dan rpfesional di Pulau Pinang ialah Pushi Indera Bangsawan of Penang (1914). Kumpulan ini kemudiannya berkembang di Sumatera, dan dikenali oleh Opera Stambul. Bangsawan mengalami kemerosotan selepas Perang Dunia Kedua dan semasa penjajahan Jepun. Persembahan bangsawan kemudiannya diambil alih oleh sandiwara. Contoh bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuh, dan Bawang Putih Bawang Merah. Lihat juga sandiwara, stambul. |