Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.lar] | منولر

Definisi : 1. membiak atau menjangkit (penyakit, benih penyakit): penyakit itu mudah ~; 2. ki merebak ke merata-rata tempat (sesuatu yg kurang baik), menjalar: apabila sikap acuh tak acuh ~ kpd seluruh masyarakat, apa-apa rancangan pun tidak akan men­dapat sambutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.lar] | منولر

Definisi : 1 berjangkit atau merebak (ttg penyakit atau benih penyakit): Penyakit anjing gila mudah ~. 2 ki merebak ke merata-rata (ttg sesuatu yg kurang baik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tular
Kata Terbitan : menular, menulari, menularkan, penularan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epidemicepidemikKejururawatanTiadaPenyakit berjangkit yang menular secara tiba-tiba dan merebak dengan cepat kepada orang ramai.
noncommunicable disease (NCD)penyakit tak berjangkitKesihatan AwamTiadaPenyakit yang tidak boleh menular secara langsung atau tidak langsung kepada individu lain, mudah mengambil masa yang panjang dan hasil daripada gabungan faktor genetik, psikologi, persekitaran dan tingkah laku, contohnya penyakit kardiovaskular, kanser, pernafasan dan kencing manis.
syphilissifilisHerbaFitoterapiSejenis penyakit kelamin berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum yang menular melalui perhubungan seks atau daripada ibu kepada fetus di dalam rahim.
counter culturebudaya sainganSains PolitikPolitik PerbandinganBudaya yang bersaing dengan budaya lain yang menjadi ikutan majoriti masyarakat. Budaya ini dibentuk dan digerakkan oleh sekelompok minoriti ahli masyarakat yang cuba mempertahankan nilai tradisional dan tempatan yang terhakis akibat pengaruh nilai luar yang semakin menular ke dalam masyarakat tersebut. Kelompok yang menggerakkan budaya ini akan menggunakan pelbagai mekanisme untuk menyaingi budaya majoriti, antaranya melalui bahasa, organisasi, muzik, ideologi, penampilan dan juga tingkah laku sebagai langkah menyedarkan masyarakat. Contohnya, irama muzik etnik sebagai budaya saingan kepada irama muzik Barat yang digemari oleh remaja di negara ini.
popular mobilizationmobilisasi popularSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan yang membangkitkan semangat orang ramai untuk mendorong mereka menuntut sesuatu daripada pemerintah dan dilakukan secara berhimpun serta berarak. MobiIisasi ini biasanya terdapat di negara komunis seperti di China yang dipimpin oleh Mao Tse Tung. Walau bagaimanapun gerakan ini tidak lagi terbatas kepada negara komunis tetapi sudah menular ke negara bukan komunis seperti FiIipina dan Indonesia pada dekad 1980-an dan 1990-an. Melalui gerakan ini, orang ramai dipengaruhi dengan sesuatu isu, idea atau tuntutan yang menarik. Ini menyebabkan mereka sanggup berkumpul untuk menunjukkan kepada pemerintah bahawa mereka mendapat sokongan majoriti dan kerajaan tidak ada piIihan selain memenuhi tuntutan mereka.
decentralizationpemencaranSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pentadbiran kerajaan yang mengamalkan kaedah pembahagian kuasa antara pentadbiran pusat, negeri dan daerah. Sistem ini mengamalkan konsep pemberian autonomi dalam hal-hal tertentu oleh pentadbiran pusat kepada peringkat yang lebih bawah. Penurunan autonomi ini dibuat untuk melicinkan pentadbiran supaya lebih kemas dan cekap. Kaedah penyahpusatan ini bukan sahaja wujud di peringkat antara kerajaan tetapi sudah menular ke peringkat pentadbiran organisasi atau birokrasi. Sebagaimana di peringkat kerajaan, penyahpusatan di peringkat birokrasi juga bertujuan melicinkan dan menambahkan kecekapan sistem pentadbiran. Melalui penyahpusatan, jabatan atau bahagian dapat membuat keputusan yang terbaik tanpa perlu merujuk kepada bahagian yang lebih tinggi dan ini sekali gus dapat mengurangkan karenah birokrasi. Contohnya, sistem pentadbiran awam di Malaysia yang mengamalkan pemencaran dalam amalan birokrasi. Sinonim penyahpusatan.

Kembali ke atas