blank cheque | cek kosong | Ekonomi | Tiada | Cek yang dikeluarkan oleh pemilik kepada seseorang atau sesebuah organisasi tanpa menulis jumlah tertentu wang, dengan kepercayaan penerima tersebut akan menulis jumlah wang mengikut urus niaga yang telah dilakukan apabila mengetahui nilai arus niaga tersebut. |
terasul | terasul | Kesusasteraan | Tiada | Kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba. |
tone | nada; rona | Kesusasteraan | Tiada | Gaya menulis dengan pemilihan kata dan susunan ayat untuk menyatakan sikap pengarang terhadap objek atau pembaca. |
agraphia | agrafia | Sains Kesihatan | Tiada | Kehilangan keupayaan menulis disebabkan kecederaan pada sistem saraf pusat atau disebabkan tiadanya koordinasi otot. |
course writer | penulis kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Individu yang mereka bentuk, menulis jalan cerita dan skrip persembahan kandungan e-pembelajaran yang penuh bermaklumat, berjalinan, menyeronokkan dan menggalakkan penghayatan pelajar. Individu ini akan bekerjasama dengan pakar subjek, pereka bentuk kursus dan pakar platform e-pembelajaran. Lihat juga pereka bentuk pengajaran (ID). |
food writer | pengulas makanan | Pelancongan | Tiada | Individu yang mengupas tentang sesuatu makanan dengan menulis dan menyiarkannya dalam media massa. |
style | gaya | Kesusasteraan | Tiada | Cara ekspresi linguistik dalam prosa atau lirik, iaitu cara penulis menulis sesuatu atau cara individu bercakap memperkatakan sesuatu. Gaya sesebuah karya boleh dikaji melalui ciri diksi atau pilihan bahasanya, iaitu struktur ayat dan sintaksis, jenis peribahasa, corak rima, komponen bunyi, ciri-ciri bahasa, tujuan dan alat retoriknya. Menurut teori tradisional retorik, klasifikasi gaya terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu gaya tinggi, pertengahan, dan rendah. Doktrin ketertiban diperlukan untuk memastikan peringkat gaya bagi sesuatu karya tersebut bersesuaian dengan kelas sosial pengucapnya, serta situasi dan martabat genre sastera. Northrop Frye, seorang pengkritik memperkenalkan perbezaan asas antara dua gaya, iaitu gaya demonik dan gaya hiratik. Gaya demonik dibentuk melalui bahasa, rima, dan asosiasi percakapan seharian, manakala gaya hiratik menggunakan beberapa elaborasi formal untuk memisahkan antara bahasa sastera dengan percakapan seharian. Bagi kedua-dua kelas ini, Frye telah mengenal pasti peringkatnya, iaitu peringkat tinggi, pertengahan, dan rendah. |
affiliation | afiliasi | - | Tiada | Pertalian antara pengarang dengan institusi tempat berkhidmat semasa membuat penyelidikan atau menulis sesuatu karya. |
sticky note | nota lekat | Umum | Tiada | Kertas kecil yang melekat pada satu sisi dan digunakan untuk menulis nota serta diletakkan sementara di dinding, dalam buku dan sebagainya. |
chalk board | papan hitam | Kesenian | Hiasan Dalaman | Permukaan papan yang rata dan nipis, yang sesuai digunakan untuk menulis menggunakan kapur. Permukaan papan ini biasanya diperbuat daripada papan lapis yang diwarnakan dengan warna hitam atau hijau. |