Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.buh.kan] | منومبوهکن

Definisi : 1. menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah: baja ini gunanya utk ~ benih semaian itu dgn cepat; 2. menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dll) dgn sempurna, memperbesar, memperkembang: tidaklah lebih menguntungkan bagi Filipina utk pindah kpd bahasa Melayu-Indonesia drpd ~ bahasa Filipina itu; 3. mendatangkan (menimbulkan, menerbitkan) sesuatu perasaan (perselisihan dll): pertentangan mata antara gadis dgn pemuda itu akhirnya ~ kasih sayang yg tiada taranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.buh.kan] | منومبوهکن

Definisi : 1 menjadikan tumbuh atau hidup; memelihara su­paya berkembang atau bertambah besar. 2 menimbulkan atau mem­bangkitkan sesuatu perasaan: Apa yg ~ perselisihan itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seed crystalhablur benihFizikNanoteknologiCebisan kecil bahan hablur tunggal yang digunakan untuk menumbuhkan hablur bahan yang sama. Hablur besar dapat ditumbuhkan dengan merendam cebisan ini dalam suatu larutan lebur supertepu yang kemudiannya disejukkan secara perlahan. Hablur ini juga dapat dihasilkan secara melalukan wap bahan yang hendak ditumbuhkan ke atas permukaan benih tersebut. Contohnya, hablur benih digunakan untuk menumbuhkan jongkong hablur tunggal silikon dalam industri semikonduktor yang menggunakan kaedah seperti proses Czochralski atau teknik Bridgeman.
meristem culturekultur meristemBioteknologiTiadaKultur untuk menyimpan dan menumbuhkan tisu meristem tumbuh-tumbuhan, iaitu tisu yang mempunyai sel yang menjalani pembahagian mitosis dengan pesat. Setelah itu, tisu mengalami pembezaan menjadi tisu baru yang diakhiri dengan pertumbuhan.
mediummediumBiologiMikologiSubstrat, sama ada bahan atau larutan, yang diperlukan untuk menumbuhkan kulat dan mikroorganisma lain.
synthetic mediummedium buatanBioteknologiTiadaMedium yang mengandungi sumber zat pemakanan untuk menumbuhkan organisma tertentu, atau untuk proses fermentasi dalam keadaan semula jadi yang kandungan dan kepekatan komponennya diketahui.
molecular batterybateri molekulFizikNanoteknologiPeranti elektrokimia bersaiz nano yang dibina menggunakan molekul tertentu yang berupaya menyimpan cas. Contohnya, bateri yang dihasilkan dengan menumbuhkan molekul oligo fenilena-etinilena (OPE) berbentuk seperti berus rambut atas permukaan substrat emas.
isolationpemencilanBiologiPatologiPengasingan mikroorganisma yang diduga menyebabkan penyakit daripada perumahnya. Dalam patologi tumbuhan, kaedah ini meliputi pensterilan permukaan bahagian perumah yang terjangkit dan menumbuhkan mikroorganisma yang menyebabkannya pada medium tertentu.
serendipityserendipitiFarmasiTiadaPenemuan sesuatu yang tidak dijangka dan bernilai sewaktu mencari bahan yang lain. Contohnya, penemuan kesan antibakteria dalam penisilin oleh Sir Alexander Flemming sewaktu menumbuhkan kultur bakteria.

Kembali ke atas