Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.bu/] | منومبوق

Definisi : 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.bu/] | منومبوق

Definisi : 1 memukul dgn buku tangan atau dgn tinju; meninju: Beliau telah ~ pemuda itu sehingga rebah. 2 memukul atau menghentak dgn alu dll supaya hancur atau terkupas: ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbuk
Kata Terbitan : bertumbuk, menumbuk, tumbukan, penumbuk,

Puisi
 

Menumbuk di lesung tinggi,
     Orang menampi di tengah jalan;
Apa sudah duduk begini,
     Bagai pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Menumbuk di lesung,
     bertanak di periuk.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Memikul di bahu, menjunjung di kepala).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hand poundingpenumbukan; menumbukPentadbiran PerniagaanTiadaMenumbuk: Memukul dengan alu dan lain-lain supaya hancur.,Penumbukan: Perihal menumbuk atau proses memukul dengan alu dan lain-lain supaya hancur.
nonscoring hit (1)tumbuk tanpa mataSukanTiadaTumbukan yang tidak diberikan mata kerana melakukan kesalahan berikut, iaitu menyalahi undang-undang, menumbuk dengan bahagian dalam, tepi, belakang atau sarung tinju dalam keadaan terbuka, menumbuk yang mengenai lengan, dan menumbuk tanpa kekuatan.
grit (to)menumbuk; mengisarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
kidney punchtumbuk ginjalSukanTiadaMenumbuk ke bahagian pinggang dan ini merupakan kesalahan dalam permainan tinju.
sluggerpetinju rakusSukanTiadaPetinju yang menumbuk dengan kuat secara bertubi-tubi dan sering menukar arah secara serta-merta.
trituratetriturat;trituratanPerubatanTiadaMengisar, menggosok atau menumbuk satu campuran untuk menjadikannya halus seperti dalam penghasilan amalgam.
triturationpentrituratanPerubatanTiadaProses mengisar, menggosok atau menumbuk suatu campuran untuk menjadikannya halus.
punching bagbeg tumbukSukanTiadaAlat untuk latihan menumbuk sama ada secara ringan atau berat. Sinonim : heavy bag dan light bag.
mortar and pestlelesung dan aluKesenianTiadaAlat untuk menumbuk bahan cat dalam penyediaannya.
shadow boxing controltumbuk bayang kawalSukanTiadaSesi latihan menumbuk bertubi-tubi dan kombinasi yang dirancang mengikut arahan jurulatih.
123

Kembali ke atas