Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.pang] | منومڤڠ

Definisi : 1. terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yg lain; 2. diam (tinggal, bermalam) di rumah orang, singgah (utk bermalam, tinggal) buat sementara sahaja: buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu; 3. naik dan berpergian (dgn kereta, kapal, dll): dr Singkarak ia ~ kereta api ke Padang dgn selamat; 4. turut berpergian dgn kenaikan orang (dgn percuma), membon­ceng: apabila dilihatnya saya mahu belayar juga maka pergilah ia hendak ~; 5. bersama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta; 6. meminta atau memohon supaya mendapat keizinan (kebenaran dll): boleh saya ~ bertanya, apa nama kampung ini?; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.pang] | منومڤڠ

Definisi : 1 diam atau tinggal di sesuatu tempat buat semen­tara saja: Saya ~ di rumah kakak saya. 2 menaiki kenderaan (utk berpergian): Dr Ipoh, dia telah ~ bas ke Taiping. 3 meminta atau memohon supaya mendapat kebenaran atau keizinan: Boleh saya ~ bertanya, di mana Jalan Semangat? 4 terdapat atau berada di atas sesuatu yg lain: pokok ~ tumbuh-tumbuhan yg hidup pd pokok lain; parasit. ~ hidup tinggal bersama supaya dpt hidup. ~ makan turut makan bersama. ~ mati ikut mati; ber­sama-sama mati dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpang
Kata Terbitan : menumpang, menumpangkan, penumpang,

Puisi
 

Buahlah padi selasih dulang,
     Adik menumpang ke hulu saja;
Buah hati kekasih orang,
     Adik menumpang bergurau saja.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hinggap seperti benalu.

Bermaksud :

Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hitch-hikingpengembaraan tumpangPelanconganTiadaAktiviti menjelajah dengan menumpang kenderaan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
hostperumahPerikananAkuakulturIkan yang dijadikan sebagai tempat tinggal organisma lain seperti parasit atau komensal. Perumah ini menyediakan makanan dan perlindungan kepada organisma yang menumpang. Contohnya, parasit yang hidup di permukaan atau di dalam ikan.
beginning rhymerima awalKesusasteraanPuisiPenggolongan bunyi yang terdapat pada suku kata ataupun perkataan di pangkal setiap baris pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dalam sesebuah puisi. Pengulangan ini mungkin wujud pada suku kata ataupun perkataan pertama, seperti dalam pantun di bawah . Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi ; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi.
metre footkaki matraKesusasteraanPuisiKelompok suku kata yang berfungsi untuk membentuk sama ada satu unit atau satu kesatuan matra sajak. Lazimnya dalam setiap unit sajak itu terdapat pola bunyi yang tetap, yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang mendapat tekanan dan yang tidak mendapat tekanan. Pola bunyi ini mudah dikesan apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi.
reality effectkesan realitiKesusasteraanTiadaButiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi.� Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan.

Kembali ke atas