Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.pu] | منومڤو

Definisi : 1. = bertumpu menekankan (menolakkan dll) pd sesuatu: tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah; 2. ki memberi sokongan (bantuan dll), menunjang, menyokong; 3. menolak, meniup (angin): bukan sengaja kami ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 4. ki memusatkan (perhatian, pandangan, minat, dll): matanya ~ kpd anaknya sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.pu] | منومڤو

Definisi : 1 menekan pd sesuatu. 2 memberikan bantuan atau sokongan; menyokong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menumpu

Peribahasa

Terbang bertumpu,
     hinggap mencengkam.

Bermaksud :

Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
venturiventuriKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti dalam karburetor yang mempunyai bahagian laluan menumpu yang menambahkan kelajuan aliran udara. Peranti ini mempunyai luas minimum yang akan menghasilkan kelajuan yang maksimum. Penambahan kelajuan ini menurunkan tekanan sehingga mencapai keadaan vakum separa dan menyebabkan bahan api cecair disedut dari muncung bahan api dalam karburetor. Selepas melalui laluan menumpu, bahagian seterusnya dalam venturi mencapah dan menyebabkan kelajuan campuran udara-bahan api berkurangan.
quantum computingpengkomputeran kuantumFizikNanoteknologiBidang ilmu yang menumpu kepada pembinaan teknologi komputer yang berasaskan prinsip teori kuantum. Teknologi ini mempunyai kelebihan kuasa pemprosesan yang tinggi melalui keupayaan untuk berada dalam keadaan kuantum berbilang dan melaksanakan pengoperasian menggunakan kebarangkalian pilih atur secara serentak.
convergence excesslebih konvergensSains KesihatanTiadaMata yang berkeadaan menumpu secara berlebihan semasa penglihatan jarak dekat.
refixation reflexrefleks tumpu semulaSains KesihatanTiadaPergerakan mata yang menumpu semula ke arah sasaran.
focusfokus; wujud (teori Gestalt)KimiaTiada3. Titik pada mana sinar menumpu bertemu atau dari mana sinar mencapah diandaikan dihalakan.
convergence insufficiency / convergance weaknesskurang konvergensSains KesihatanTiadaKetidakupayaan dua mata untuk menumpu semasa penglihatan jarak dekat.
angle of convergencesudut konvergensSains KesihatanTiadaSudut garis penglihatan dua mata ketika menumpu.
conjugate fixation reflexrefleks konjugatSains KesihatanTiadaTindak balas luar kawal pergerakan mata menumpu ke arah sasaran secara serentak.
feeder currentarus penyuapSains MarinTiadaBahagian arus karau yang mengalir selari dengan pesisir pantai sebelum menumpu dengan arus ini dan arus lain untuk membentuk leher arus karau. Arus ini adalah ciri yang paling penting dalam pembentukan arus tetap.
convergencekonvergensSains KesihatanTiada1.Putaran serentak dua mata menghala ke hidung 2.Berhubung dengan alur cahaya yang berkeadaan menumpu.
12

Kembali ke atas