litotes | litotes | Kesusasteraan | Puisi | Pengucapan atau penuturan yang bersifat kiasan dan mengarah kepada memperkecilkan sesuatu hal atau peristiwa yang terjadi. Penggunaan unsur litotes ini bertujuan untuk menunjukkan kerendahan diri penutur atau penyair. Contohnya, "Kalau adil masa Iapang singgahlah ke pondok kami". Dalam konteks ini perkataan pondok itu mungkin realitinya sebuah rumah besar. |
Diogenes syndrome | sindrom Diogenes | Perubatan | Psikiatri | Gangguan tingkah laku yang menunjukkan seseorang mengabaikan pengurusan diri secara ekstrem. |
self-injury | cedera kendiri | Pendidikan | Tiada | Tingkah laku mencederakan diri sendiri seperti menghantukkan kepala dan menarik rambut yang berlaku di kalangan individu yang mempunyai kecacatan intelek yang teruk atau yang menunjukkan perlakuan autistik. |
Allen's rule | prinsip Allen | Biologi | Tiada | Prinsip yang menyatakan bahawa di kawasan sejuk, mamalia menunjukkan kecenderungan untuk mempunyai unjuran, seperti kaki, ekor, dan telinga yang masing-masing lebih pendek daripada mamalia yang serupa yang mendiami kawasan yang lebih panas. Dengan cara ini mamalia di kawasan sejuk boleh menyesuaikan diri untuk menyimpan haba. |