Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.ru.ni] | منوروني

Definisi : 1. turun melalui (tangga, lereng bukit, dll): kemudian dia berlari-lari ~ tangga hotel itu; 2. turun utk mengambil dll sesuatu, turun ke; 3. keluar dr rumah utk menghadap (menangkap, mengejar), turun utk menyambut (kedatangan orang dll): jikalau anak raja datang, tiada dituruninya, melainkan anak raja yg akan ganti kerajaan maka dituruninya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ru.ni] | منوروني

Definisi : 1 turun melalui (tangga, lereng bukit dll). 2 turun utk mengambil sesuatu; turun ke: ~ jurang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menuruni


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
downhillturun bukitSukanLumba BasikalPertandingan khusus basikal bukit untuk menuruni bukit.
marine abrasionlelasan lautSains MarinTiadaHakisan lantai lautan disebabkan oleh sedimen yang digerakkan oleh ombak lautan yang juga merupakan hakisan ngarai submarin disebabkan oleh gerakan enapan yang menuruni cerun di bawah pengaruh graviti. Kekuatan lelasan ini bergantung pada kekerasan, kepekatan, halaju dan jisim zarah yang bergerak.
terombaterombaKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi susunan undang-undang dan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Ungkapan teromba terbentuk bebas, dan panjang rangkapnya tidak tetap. Teromba boleh terdiri daripada dua hingga berpuluh-puluh baris serangkap. Teromba mengandungi pemerian tentang salasilah adat, norma dan undang-undang adat yang terpakai dalam adat perpatih dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau. Baris teromba sering mengandungi peribahasa berangkap yang membawa tema perumpamaan, kiasan, atau perbandingan. Istilah yang dipakai bersama teromba ialah terasul dan tombo. Terasul merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya penggunaannya dalam majlis perbincangan beradat seperti dalam upacara pertunangan. Sementara tambo bermaksud kisah atau peristiwa sejarah, catatan sejarah atau kronikal. Kini tambo merujuk kepada kisah berunsur sejarah yang tersusun dalam bahasa yang tetap, dan dalam bentuk puisi yang sama seperti teromba. Namun, ketiga-tiganya hampir sama digunakan untuk merujuk kepada susunan kata-kata adat. Contoh teromba: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Air melurut dengan bundarnya, Benar melurut dengan muafakatnya. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Yang tidak ada sama dicari, Sama sakit sama senang. Ke bukit sama mendaki, Ke lurah sama menuruni. Teromba berasal daripada bahasa Minangkabau yang bermaksud �salasilah, keturunan seseorang, sekumpulan masyarakat sesuatu bangsa, dan sesuatu sistem�. Teromba dikenali juga sebagai perbilangan. Lihat juga tamba, terasul.

Kembali ke atas