cleptocrat | kleptokrat | Sosiologi | Tiada | Pemimpin yang menyalahgunakan kekuasaan politik untuk memenuhi kekayaan peribadi dan mengabaikan kebajikan rakyat. |
script virus | virus skrip | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang menyalahgunakan keupayaan pemprosesan skrip yang ada pada sesetengah perisian dan sistem pengendalian untuk melancarkan kod hasad pada komputer yang disasarkan. Virus skrip biasanya disebarkan sebagai lampiran e-mel tau skrip ActiveX pada laman web html. Pengguna sebenar akan tertarik untuk membuka fail atau menekan pautan web yang kan melancarkan fail skrip ini. Kandungan arahan dalam skrip akan diproses oleh perisian pembaca dan menyebarkan kod hasad. Contoh virus skrip ialah LoveBug dan Melissa. |
embezzlement | penyelewengan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Suatu bentuk penipuan kewangan yang melibatkan perbuatan menyalahgunakan aset yang telah diamanahkan kepada seseorang atau lebih daripada seorang. Contohnya, perbuatan menggelapkan wang syarikat. Sinonim penggelapan. |
Salami attack | serangan Salami | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan ke atas data integriti dalam komputer melibatkan pengubahan nilai mutlak data dengan menyalahgunakan kelemahan dalam sistem penomboran yang dikenali sebagai ralat pembundaran. Sekiranya suatu nombor yang mempunyai titik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi nombor bertitik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi bertitik perpuluhan kecil seperti 31.51163 ditukar menjadi 31.51, proses pembundaran akan mencantas nilai digit kecil pada titik perpuluhan yang tidak digunakan seperti 0.00163 dicantas. Sekiranya percantasan nilai ini tidak diambil kira oleh sistem, maka ralat pembundaran akan berlaku. Serangan ke atas data yang menggunakan teknik Salami akan mengumpul semua nilai digit kecil yang tercantas tadi ke dalam satu ruang simpanan tersembunyi. Apabila proses pengumpulan ini dilakukan berulang kali, maka jumlah nilai yang tersimpan dalam ruang simpanan akan meningkat dengan banyak. Teknik Salami sering digunakan dalam serangan ke atas sistem kewangan, perakaunan atau perbankan. Proses mengikis nilai yang sangat kecil daripada setiap urus niaga adalah umpama pengikisan kepingan daging Salami. |
security assessment | taksiran sekuriti | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penilaian dan pengujian yang bertujuan untuk mendedahkan kelemahan, kepayahan, atau risiko yang wujud pada perisian, perkakasan, peranti, dan prasarana sistem komputer. Taksiran ini dibuat untuk menentukan kewujudan keadaan pada sistem yang boleh membahayakan aset sistem komputer tersebut atau membuka peluang kepada pengguna hasad untuk menyalahgunakan aset sistem komputer. |