Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.la.kan] | مڽالاکن

Definisi : 1. menjadikan bernyala, meng­hidupkan api, membiarkan menyala: dgn per­lahan-lahan dia ~ api; 2. ki mengorbankan, menimbulkan: ~ peperangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.la.kan] | مڽالاکن

Definisi : 1 menjadikan bernyala; menghidupkan (api): Bagaimana hen­dak ~ api jika tidak ada mancis? 2 men­jadikan berkobar; menimbulkan: Persengketaan itu telah ~ api peperangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyala (kata nama)
Bersinonim dengan api, lidah api;,
Kata Terbitan : menyala, menyala-nyala, menyalakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brake lights switchsuis lampu berhentiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSuis yang terletak pada injak brek yang digunakan untuk menyalakan dan memadamkan lampu berhenti.
pressure differential valveinjap kebezaan tekananKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaInjap yang terdapat dalam sistem brek duaan, yang akan menyalakan lampu amaran, jika tekanan mengurang pada mana-mana bahagian dalam sistem brek.

Kembali ke atas