Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ma.i] | مڽاماءي

Definisi : sama dgn, setaraf dgn, setanding dgn: pd zaman itu sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru; kuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Ter-tinggi di Amerika; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ma.i] | مڽاماءي

Definisi : sama dgn; serupa dgn: Tidak ada kuasa yg ~ kuasa Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyamai

Peribahasa

Permaisuri raja berurap-urapan,
     lipas di dinding timpa perasaan.

Bermaksud :

Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
balance reactivitykereaktifan seimbangSains NuklearKejuruteraan ReaktorKeadaan apabila kadar penjanaan neutron menyamai kadar kehilangan neutron di dalam teras reaktor nuklear.
cradle to cradleawal ke awalTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauStrategi mampan kitar hayat produk yang menyamai kitar semula alam semula jadi, dan melaluinya sisa dapat digunakan semula.
nanocrystalnanohablurFizikNanoteknologiSusunan atom atau ion dalam pepejal yang berstruktur nano dengan saiz 1 nm - 100 nm. Jika saiz hablur ini menyamai atau kurang daripada saiz jejari eksiton, hablur tersebut akan memberikan kesan kuantum, seperti tenaga yang dipancarkan menjadi diskret. Nanohablur yang diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti kadmium selenida (CdSe) dikenali sebagai bintik kuantum. Contoh nanohablur yang lain ialah emas, grafit dan nikel.
Frenkel excitoneksiton FrenkelFizikNanoteknologiPasangan elektron lohong (eksiton) yang terdapat dalam bahan yang pemalar dielektriknya kecil sehingga menyebabkan daya tarikan Coulomb antara elektron dengan lohong menjadi sangat tinggi. Daya tarikan ini menyebabkan eksiton menjadi lebih kecil sehingga menyamai saiz satu unit sel hablur. Oleh itu, eksiton ini dapat berada dalam sel hablur yang sama.
friction force microscopemikroskop daya geseranFizikNanoteknologiPeranti yang digunakan untuk mengukur daya geseran pada skala nano. Alur laser dan pengesan fotodiod digunakan untuk menentukan pesongan tip semasa penduga mengimbas permukaan. Geseran diukur dengan mendapatkan garis imbasan pada pelbagai beban tolakan yang diketahui. Penduga silikon pada pelbagai pemalar daya dan jejari tip menyamai nilai antara 150 nm - 200 nm digunakan untuk mengenakan beban normal dalam julat imbasan 5 nm - 700 nm. Lihat juga mikroskop daya atom (AFM).
mock epicepik olokanKesusasteraanTiadaNaratif panjang tentang sesuatu tajuk yang ringan dan remeh tetapi disampaikan dengan gaya epik mengikuti konvensi tersebut. Tujuannya untuk mempersendakan atau menyindir sesuatu subjek dengan gaya penyampaian yang terhormat. Dalam epik olokan, sering terdapat dialog yang membicarakan hal dan perkara yang remeh-temah dengan serius. Biasanya, karya dalam epik olokan hampir menyamai bentuk epik wira yang menimbulkan kesan lucu dan absurd. Contohnya karya Pope berjudul The Rape of the Lock, merupakan contoh yang baik bagi menggambarkan situasi ini. Karya seperti ini membangkitkan persengketaan keluarga yang sengit yang dicetuskan oleh suatu peristiwa remeh, iaitu kisah pemotongan segumpal rambut seorang gadis yang bernama Arabella Fermor. Bentuk yang hampir sama ditemui dalam wiraan olakan. Lihat juga burlesque, satira.

Kembali ke atas