direct-on-line starter | pemula terus pada talian | Teknik | Elektrik | Pemula motor yang paling ringkas yang menyambungkan bekalan terus ke motor tanpa mengurangkan arus atau voltan bekalan motor tersebut dengan menggunakan penyentuh. Pemula jenis ini sesuai untuk motor arus terus atau arus ulang-alik berukuran sederhana ke bawah (lebih kurang 1.1 kW). |
crossover | melintas | Kejuruteraan | Tiada | 1. Suatu trek yang menyambungkan dua trek yang selari dan, dengan sebab itu, berbentuk S pada pandangan pelannya.,2. Titik pada julat frekuensi apabila keluaran penguat bagi pembesar suara kembar disuap ke penyuara trebal , dan di bawahnya disuap ke penyuara bas.,dari objek melalui kawasan yang sangat kecil, sebelum membentuk bayangan.,4. Sejenis pasangan paip yang membolehkan sebatang paip dipasang merentasi sebatang paip yang lain pada satah yang sama.,5. Titik tempat bersilangannya dua pengalir yang tertebat di antara satu dengan lain.,6. Sambungan yang terbentuk di antara dua unsur litar dengan cara menempatkan bahan beraliran pada permukaan atas yang bertebat bagi unsur atau saling sambungan lain.,. 7. Titik pada litar terkamir atau MOS tempat corak saling sambung. |
adaptor | penyesuai | Teknik | Elektrik | 1. Alat tambah pembuluh yang menyambungkan pembuluh tegar dengan pembuluh boleh ubah. Biasanya penyesuai berupa pembuluh yang digunakan untuk sambungan bekalan pada motor. 2. Alat tambah pemegang lampu untuk tujuan sambungan bekalan dari pemegang lampu ke tempat lain. 3. Alat tambah palam yang mempunyai beberapa jenis soket, atau mempunyai lebih daripada satu soket alur keluar untuk menyambungkan beban tambahan. |
ligament | ligamen | Biologi | Fisiologi | 1. Jaluran tisu bergentian yang kuat dan berfungsi menyambungkan hujung-hujung tulang. 2. Jaluran konkiolin yang membentuk engsel cangkerang siput. |
stiff | kaku | Mekanik | Gunaan | 1. Tidakboleh berputar secara nisbi. Istilah ini digunakan untuk sendi yang menyambungkan dua anggota struktur dan tidak membenarkan putaran nisbi di antara anggota-anggota berkenaan apabila struktur itu ditindak oleh sebarang beban.2. Tidak boleh diubah bentuk. Bagi pegas misalnya, pegas yang kaku tidak akan memanjang di bawah tindakan daya paksi. Lihat juga kekakuan. |
couple | kupel; ganding | Kejuruteraan | Tiada | 1. Ganding: Dua daya yang sama bertindak pada objek yang selari tetapi berlawanan arah.,2. Momen yang dihantar oleh sistem daya ganding ganding.,3. Menyambungkan dengan gandingan, seperti penyambungan paip atau tali sawat.,4. Dua atau lebih logam atau aloi yang tidak sama, yang mengalami sentuhan elektrik dan bertindak sebagai elektrod bagi sel elektrolit apabila ia dibenam dalam elektrolit. |
luminaire | sistem lampu | Kejuruteraan | Tiada | 1. Unit pencahayaan lengkap yang mengandungi sebuah lampu atau lebih, dan bahagian-bahagian yang diperlukan untuk mengagihkan cahaya, menetapkan kedudukan dan melindungi lampu, dan menyambungkan lampu itu kepada bekalan kuasa.,2. Unit lengkap yang mengandungi punca cahaya, glob, pemantul, rumah, soket dan komponen-komponen lain yang perlu untuk pencahayaan. |
discharge | nyahcas | Teknik | Elektrik | 1. Pengeluaran arus/tenaga elektrik daripada peranti simpanan atau perantaraannya, contohnya bateri atau pemuat ternyahcas apabila tenaganya digunakan. 2. Pengaliran arus melalui gas dalam lampu nyahcas, contohnya dalam lampu pendarfluor. 3. Kemampuan mengatasi perbezaan voltan di antara dua punca bercas apabila disambungkan. 4. Kaedah yang digunakan untuk menjadikan dua punca yang mempunyai cas berlawanan kembali neutral iaitu dengan menyambungkan kedua-dua punca bercas itu dengan dawai atau pada beban, contohnya menyahcas pemuat. 5. Pembuangan cas dari sesuatu permukaan pengalir dengan menyambungkannya ke bumi, contohnya pembuangan cas papan litar sebelum kerja pengujian dijalankan. |
enlargement | pembesaran | Matematik | Tiada | Penjelmaan yang mempunyai satu titik tetap, (yang dikenali sebagai pusat pembesaran) manakala titik-titik lain pada satah bergerak dari titik tetap itu mengikut nisbah tertentu. Nisbah pembesaran disebut faktor skala. Ciri-ciri pembesaran ialah: (i) Garis-garis yang menyambungkan pasangan titik yang sepadan pada objek dan imejnya bertemu di pusat pembesaran; (ii) Objek dan imej adalah serupa; (iii) Jika faktor skala > 1, saiz imej adalah lebih besar daripada saiz objek; (iv) Jika faktor skala < 1, saiz imej adalah lebih kecil daripada saiz objek; (v) Jika faktor skala = 1, imej ialah objek itu sendiri. |