Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ra] | مڽارا

Definisi : menanggung sara hidup, memberi sara kpd: harta itu akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat; mereka terpaksa ~ keluarga masing-masing yg berbilang mulut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ra] | مڽارا

Definisi : menanggung sara hidup; memberi sara kpd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
potboilerkarya periuk nasiKesusasteraanTiadaKarya khas yang ditulis dalam keadaan terdesak untuk menyara hidup penulisnya. Karya ini diolah sambil lewa oleh pengarangnya untuk memenuhi minat orang ramai, tanpa mementingkan mutu dan nilainya. Salah satu contoh karya klasik ialah novel falsafah yang berjudul Rasselas (1759), ditulis oleh S. Johnson. Novel ini ditulis dalam jangka masa seminggu, dan keuntungan jualannya digunakan untuk membiayai perbelanjaan pengebumian ibunya serta menjelaskan hutang piutang ibunya. Contoh dalam sastera Arab ialah al-Mada�ih oleh al-Mutanabbi. Karya ini mengisahkan Sayf al-Dawlah al-Hamadani (Raja Pemerintah).
feudalismfeudalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSistem masyarakat yang didominasi oleh golongan diraja dan bangsawan dengan golongan rakyatnya berada dalam kedudukan bawah, lemah serta menjadi subjek kepada raja. Dalam sistem ini, raja memiliki kuasa yang tinggi dan memerintah tanpa batasan serta dibantu oleh golongan pembesar atau bangsawan yang memiliki kedudukan tinggi dalam masyarakat. Kekuasaan pemerintah tertumpu pada istana dan tidak ada suatu badan yang memeriksa kedudukan kuasa raja ini. Dengan itu, raja bebas memerintah menurut budi bicara sendiri dan hanya mendengar nasihat daripada pembantunya. Dalam sistem ini, peralihan kuasa berasaskan keturunan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat di bawah pemerintahan ini mengerjakan tanah raja atau menyewa tanah pembesar untuk menyara hidup. Fahaman ini mementingkan kedudukan hierarki, unsur setia dan daulat antara pemerintah dengan rakyat. Contohnya, sistem Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 jelas mengamalkan sistem feudalisme.

Kembali ke atas