Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.la.pu.ti] | مڽلاڤوتي

Definisi : menyelubungi, melitupi, mem­­-bungkusi: biji kacang yg kering itu agak keras dan diselaputi kulit biji; bulu susuk yg ~ badan burung; tiap-tiap satu batang logam itu diselaputi lilin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.la.pu.ti] | مڽلاڤوتي

Definisi : ki menjadi sbg selaput pd; melapisi: Bajunya berbelak-belak diselaputi getah pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
myelinizationkemielinanSains SukanBiomekanikLapisan yang menyelaputi akson pada neuron bagi membolehkan neuron berfungsi untuk mengkonduksi impuls saraf. Lapisan yang disebut sebagai salut mielin ini menyelaputi struktur akson bagi membolehkan impuls saraf bergerak dengan lebih cepat.
endocardiumendokardiumKejururawatanTiadaMembran nipis yang menyelaputi kaviti jantung dan permukaan tisu perantara jantung.
acrosomeakrosomPenternakanGenetik dan PembiakbakaanMembran yang menyelaputi hujung anterior kepala spermatozoa. Akrosom menghasilkan enzim lisosom dan proteolisis bagi mencerna dan menembusi lapisan zona pelusida di sekeliling ovum. Tindak balas ini membolehkan sperma menembusi ovum bagi proses persenyawaan.
atherosclerosisaterosklerosisKejururawatanTiadaPembentukan plak berlemak yang menyelaputi dinding dalam arteri hingga menyebabkan arteri menjadi sempit dan boleh mengakibatkan pengaliran darah terganggu.
endomysiumendomisiumSains SukanBiomekanikLapisan tisu penghubung yang menyelaputi gentian otot.
epimysiumepimisiumSains SukanBiomekanikLapisan tisu penghubung yang menyelaputi keseluruhan struktur otot.
perimysiumperimisiumSains SukanBiomekanikLapisan tisu penghubung yang menyelaputi gabungan gentian otot (fasikel).
periosteumperiosteumSains SukanBiomekanikLapisan tisu penghubung yang menyelaputi permukaan luar tulang panjang dan menjadi tempat peletakan otot, tendon dan ligamen. Periosteum mengandungi osteoblas (sel pembentuk tulang), osteoklas (sel pemusnah tulang), gentian saraf, salur darah dan limfatik. Periosteum mempunyai banyak salur darah dan berfungsi terhadap pertumbuhan tulang secara melebar. Lihat juga tulang panjang.
articular cartilagerawan sendiSains SukanBiomekanikRawan hialin yang menyelaputi permukaan sendi sinovial. Sinonim rawan artikular. Lihat juga rawan hialin, sendi sinovial.
culm sheathpelepah kulmaBuluhTiadaSelaput yang keluar daripada buku yang menyelaputi kulma dan berfungsi sebagai pelindung pertumbuhan baharu. Selaput kulma berbeza-beza dari segi warna, bentuk dan rerambut mengikut spesies.
12

Kembali ke atas