Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.la.ras.kan] | مڽلارسکن

Definisi : memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~ demokrasi dan sosialisme; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.la.ras.kan] | مڽلارسکن

Definisi : menjadikan selaras; menyesuaikan: Langkah-langkah sedang diambil utk ~ kegiatan pembangunan pd peringkat negeri dan pd peringkat pusat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laras
Kata Terbitan : selaras, menyelaraskan, penyelarasan, keselarasan, penyelaras,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
temperamenttemperamenKesenianTiadaSistem talaan untuk menyelaraskan jeda dalam skala kromatik.
herbal standardizationpemiawaian herbaHerbaTiadaKaedah yang menyelaraskan atau menyesuaikan bahan mentah dan sediaan herba kepada suatu kandungan atau kumpulan kandungan bahan yang mempunyai aktiviti terapeutik tertentu sama ada dengan penambahan eksipien atau pencampuran bahan mentah atau sediaan herba tertentu. Kaedah pemiawaian merangkumi analisis organoleptik, spektroskopi, kromatografi, assai dan lain-lain. Pemiawaian membolehkan penentuan secara tepat paras kandungan bahan kimia aktif atau bahan penanda bagi memastikan bahan mentah atau sediaan herba mempunyai kualiti yang konsisten. Contohnya, ekstrak misai kucing dipiawaikan mengandungi 0.02% sinensetin.
loss adjustment expensesbelanja penyelarasan kerugianinsuransTiadaKos bagi menyelaraskan sesuatu kerugian tidak termasuk jumlah kerugian tersebut.
safe drive planpelan pemandu cermatinsuransTiadaSistem yang menyelaraskan kadar standard sama ada meningkat atau mengurangkan kadar tersebut bergantung kepada rekod memandu insured.
independent adjusterajuster bebasinsuransTiadaAjuster yang tidak terikat dengan syarikat insurans. Ia menawarkan khidmat menyiasat dan menyelaraskan tuntutan insurans kepada syarikat.
team nursingkejururawatan berpasukanKejururawatanTiadaPengurusan kejururawatan kepada pesakit oleh sekumpulan jururawat dan seorang daripadanya bertindak sebagai ketua. Ketua tersebut bertanggungjawab menyelaraskan kerjasama ahli kumpulan untuk memenuhi keperluan pesakit.
Data Encryption Standard (DES)Piawai Penyulitan Data (DES)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma yang menjadi piawai untuk penyulitan dan penyahsulitan data sejak tahun 1977. Algoritma ini dihasilkan untuk menyelaraskan algoritma yang digunakan untuk penyulitan komunikasi bagi tujuan perniagaan dan merupakan satu sifer blok berkekunci simetri. DES terdiri daripada jujukan operasi yang berulang sebanyak 16 kali serta menggunakan satu kekunci yang bersaiz gandaan 64 bit. Penyahsulitan dilakukan dengan menyongsangkan algoritma DES dengan kekunci yang sama. Lihat juga sifer blok dan kekunci simetri.
atomistic economy, small economyekonomi kecilEkonomiTiada1.Ekonomi yang mengandungi rasmi pengeluar kecil yang bersaing dalam industri pengeluar yang terlalu kecil dan tidak dapat mempengaruhi harga pasaran. Pengeluar terpaksa menerima harga pasaran dan menyelaraskan keluaran mengikut harga tersebut. Ekonomi seperti ini menghampiri model persaingan sempurna. 2. Dalam perdagangan antarabangsa, istilah ini bermaksud sebuah negara yang tidak dapat mempengaruhi harga barang eksport dan import.

Kembali ke atas